14 Disember 2011

SIXTH SENSE

as salam en.love!eh2 silap... kawan2 
*en.love sedang bekerja...mana lah sempat untuk membaca blog aka diari buruk ini huhuhu

rumet aku ada tanya satu soalan yang selama ini bermain di benak fikiran aku--->peh ayat aku!

'pia, betul ke kalau kita rindu orang tu, maknanya orang tu pun rindu kita?...'

aku pun jawab macam ni:
'entahlah ayu, tapi pia selalu rasa macam ni... bila pia teringat kat orang tu, memang sepantas kilat orang tu akan text pia. pia pun ada jugak rasa 'mesti dia akan text aku jap lagi' , pastu memang betul dia text pia...'

bla...bla...bla.....*conversation end!hik3

aku tak tahu lah kan kalau2 kita selalu ingat orang tu, tu jodoh kita ke ape ke...
tapi yang aku rasa lain dari yang lain...
aku pernah bercinta ngan seorang ni...ok2 tak yah nak sembunyi2 sangat eh...
semua orang bercinta, tapi dengan mamat sorang ni aku ada rasa lain sikit.. 
ye lah..dulu bercinta bagai nak rak, nak kawen lah, nak ada rumah lah, ada anak ramai---->plan macam betul je dia jadi laki aku kan...tup2 break jugak..
biasalah lelaki kalau tak curang tak sah!
tapi lepas tu kiteorang jadi kawan...
bukan kawan yang baik...sekadar kawan lah...
lama tak contact aku, 2 3 4 5 bulan, then no dia pun aku dah delete!
so, memang hidup tengah happy time tu, bila saat aku ingat kat dia, mesti aku akan dapat text dari dia!
hey man!can u stay away from me?haha
lama2 tu memang lah aku tak dapat terima.. rimas sangat sebab ayat2 dia tu macam menagih aku balik...
ada jugaklah tercair (-__-)''
tapi lama2 perasaan yang berbaur cinta plus benci tu hilang sikit demi sikit...
entahlah... mungkin sebab aku tahu dia sekadar carik aku bila dia perlukan aku...

last week, aku balik kg....
kebetulan malam tu memang gerhana bulan, so sangatlah cantik k!
sebelum tu, memang aku ada terniat nak hantar mesej kat dia pun, *not only that nite, but other days also...kih3 time aku free lah
aku tinggal send je mesej tu kat dia kot...
u know what?
i delete the mesej than i look forward to find some material for my friend!
ye!itu yang terbaik...penat2 aku berjalan carik kain sorang2, time aku duduk2 tengah balas mesej2 kawan2 aku, then i got his mesej!
dan mulalah hati aku berkata ' are u read my mind? '
instict kami kuat kot, tu yang 2 2 dapat rasa bila diri masing2 saling mengigat!heeee
sekarang bila dapat mesej dari dia aku tak rasa apa2...mungkin sebab aku dah lepaskan semua perasaan aku yang dulu...
lagipun, milik orang dah kan...
jangan kacau!:D

mungkin Allah bagi kurniaan perasaan tu kat aku agar doakan dia menjadi lebih baik...
atau sebaliknya? *jangan fikir melalut pia!

p/s: semalam tersenyum2 bila en.love text bgtahu dia miss sayang dia ni...i do i miss u too syg~~~(^_^)


SEHARI BERSAMA WHY!

as salam abang2 hensome, akak2 cantik, adik2 cumil!

ok!disebabkan last week selangor dapat cuti lebih sehari, so makanya aku pun balik kampung!
ambil tiket ke tangkak, dengan kadar harga yang sangat murah! oh yeaah!
lama tak balik kampung, rindu mak, rindu ayah, rindu adik akak, rindu anak buah, rindu en.love!haha

oleh yang sedemikian, cuti ini hendaklah dimanfaatkan dengan berjumpa dengan kawan baik aku, WHY!!!
seawal pagi kalau boleh aku nak bangun jumpa dia, tetapi memandangkan tidur di kampung adalah sangat melenakan, maka terlambat bangunlah untuk berjuma beliau!haha
sedangkan anak buah aku sendiri dah bangun awal, apa pun tak boleh (-__-)

pagi2 aku dah melepak rumah why, apa nak jadi anak dara pagi2 jalan rumah orang! tak ada manner!hik3
yang bestnya, why bercerita macam nak pecah rumah!riuh satu rumah tu, padahal mak ayah dia tak ada pon kat rumah (*__*)
so, setelah berceloteh 2 3 4 5 jam, kami pun decide nak makan kat luar..
konon2 nak makan kat kedai mamak, last2 marry brown jugak jadi pilihan!
kenapa? kerana di situlah terciptanya sebuah perhubungan hik3
aku sangat lapar k time tu..
time kat rumah why pun, aku tengok iklan pizza hut, meleleh air liur aku *time tu why  tak mandi lagi!busuuukkk!
ok, tak yah nak bercerita panjang, tengok gambar je k!

 why teruja dapat minum air!cam budak2!

 aku terpaksa tahan meja tu semata2 nak bergambar (-__-)''

 lapar...lapaaarrr!

terima kasih why, sebab belanja makan...hehehe lain hari belanja pizza plak! :D
ok, more story, jom kita tengok2, jenguk2 page why

p/s: sempat tengok gerhana bulan!

8 Disember 2011

KAWAN BARU!!yeay!

as salam...

yeay! hari ini bangun pagi2 walaupun tak ada kelas...
hari khamis mmg free tau!sekelas pun tak ada..
biasanya aku melantak tidur je kat bilik..
bangun pagi bersemangat sangat!
mandi! dan pakai baju cantik2 sebab nak jumpa kawan baru!
set time, set tempat....!akhirnya jumpa jugak!
siapa??!
kak biey liyana nama indah di facebooknya..tehehehe
orangnya tinggi, cantik, dan sekarang amek jurusan master dalam pendidikan agama islam...
fuh..panjangnya taip..
sangat happy dapat jumpa beliau ini..
macam2 cerita dan ketawa bersama...
walau tak sempat makan sama, walau berjumpa hanya setengah jam tapi sudah cukup untuk membuatkan hati ini gembira tersenyum hingga ke telinga~~~
harap dapat jumpa akak lagi!

k.bye! 

p/s: rupanya beliau ini adalah senior aku time sekolah agama (-__-) dah besar panjang tua bangka baru sedar..haiisshhh..jiran kampung sebelah je rupanya!


7 Disember 2011

KITA CAKAP KAT MAK KITA!!!

as salam semuaaa.....

oh yeeaaahhh! heavennya sebab segala eseimen plus presentation dah setlle.....
setelah berhempas pulas then tidur malam lelewat...pukul 1 pagi ke atas baru tidur...
pukul 6 pagi cam budak sekolah dah kena bangun...
memang rest tak cukup sejak masuk degree ni!
i wanna my life pleaseeee!!

last week, ada kelas bi...
kelas habis cepat sebab malam tu ada paper bi!
soalan semua killer k....tak tercapai akalku untuk menjawab segala bagai soalan itu! (T_T)
petang tu hujan lebat sangat....
stay kat bus stop sebab bus lambat sangat *sigh*
tepat2 bus sampai, hujan turun lagi lebat!!!!
alamak, even pakai payung pun memang lencun lah kena hujan...
terkejar2 bus cam orang gila!hua3
sementara nak tunggu orang masuk bus, kena lah beratur kan...
tetiba ada orang pegang tangan ku yang sedang pegang payung! haissshhhh!
kuat gila!
sebab apa? sebab dia tak ada payung, dan tetiba nak sekaki plak dengan aku!
benci tauuuu.....!!!!ggrrrr
nasib baik hujan lebat selebat sangat, kesian punya pasal, aku buat derk je lah...
*tutup mata sebelah je lah mak nookk plus dah darurat sangat k!

cuma, aku tak suka dia buat macam tu..
kalau ye pun nak sekaki tangan payung dengan aku, bagitahu dulu k!
ni tak, selama badak je kau pegang tangan aku eh!
nanti kita cakap kat mak kita!

kredit to zack zuhairi


p/s: aku nak berblog sampai muntah darah!hua3 *masyaallahhhh...(-__-)



1 Disember 2011

THIS IS LOVE!

thanks lending your ears listening what i'm saying...
thanks talking to me that can calm myself...
thanks giving your time making jokes as long as i could laughing...
thanks letting your credit phone just wanna said u miss me...
thanks for being beside me...
thanks not giving me chance to feel lonely...
thanks GOD sending him to me....

THIS IS LOVE....
yes! i'm fall in love again.........

28 November 2011

DULU LAIN SEKARANG LAIN...HIJRAH?

as salam...

rasanya dah lama tak update blog diari ni..
berhabuk dah kan....
ok2...sapu2 sikit, lap2 sikit, make up sana make up sini....
dah cantik dah...hihihi

minggu ni dapat cuti 3 hari..
cuti awal muharam jatuh hari ahad..
so, isnin dah tentu dapat cuti free kan...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
moga kita mendapat berkat dan hidayah dari-NYA

kali ni hati terusik dengan ungkapan seorang teman..
siapa? em dah tentu lah cik why...
maaf cik why, tak dapat nak balik kampung..
saya pun rindu awak sangat2 sampaikan saya jadi sebak bila awak text awak rindukan saya (T_T)

sebelum ni memang aku ada bestfrend tp kami tak rapat macam aku rapat dengan why...
why aku dah anggap macam adik aku sendiri...
semangat dia tu lah jadi pendorong aku sampai sekarang...
aku tak boleh tengok why sedih..
nanti aku lemah....betul ni! tak tipu...
rindu nak bawak why jalan2 lagi...
rindu nak share makan2 dengan why lagi...
rindu nak gelak2 dengan why lagi...
dengan adanya why, aku jadi lebih kuat..
alhamdulillah...mungkin kami senasib..

dulu bukan aku yang sekarang...
dulu aku lemah dan mudah sangat give up...
mudah sangat ikut perasaan...
sekarang ada bezanya...
lain.....siapa tahu? diri sendiri...
why, saya rindu awak sangat2...doakan saya k *tears


*tak tahu apa motif letak picture sendiri

p/s: tak sabar nak jumpa why dan luangkan masa dengan dia (T_T)

SALAM MAAL HIJRAH

27 November 2011

KEABADIAN CINTA


''saya bencikan awak sebab kata2 awak menyentuh hati saya.....
saya bencikan awak sebab awak faham hidup saya......
saya bencikan awak sebab awak buat saya jatuh cinta pada awak....''

17 November 2011

SIAPA AKU?

as salam....

hari ini nak bercerita tentang semalam...
ye, semalam..kenapa? sebab segalanya terbongkar...(*_*)
semalam, melepak dengan seorang teman selepas habes kelas...
malas nak balik kolej, then decide dengan teman itu untuk makan di cafe serumpun...
teman beli nasi + tomyam panas...memang cukup ummpphhh! masam, manis, pedas!
teman mula berbicara...
dia mula mendescribe diri aku....*cuak!serius!

-aku ni suka main2 *yup!betul!sebab aku tak suka belajar straight, nanti belajar tak best
-aku ni impress dalaman *betul!aku lebih kepada dalaman, luaran nampak biasa je
-aku ada 2 personaliti *betul! tak percaya? cubalah korang kawan dengan aku
-aku seorang yang lasak *sebab tu aku suka main hoki time sekolah menengah
-aku ni hipokrit *betul! tengoklah cara aku berpakaian
-aku ni mudah faham orang/ mudah kawan dengan orang *betul! sebab aku suka senyum kat orang heee

dia sambung bla bla bla...........

tapi dia pelik, kenapa tak ada orang faham aku?
haha betul! aku sendiri faham siapa aku....
tergamam sikit sebab dia tahu siapa diri aku sebenar....
kawan2 yang kawan dengan aku 3, 5 , 10 tahun pun aku kompem, tak siapa faham aku....
kawan2 nampak aku ni orangnya happy go lucky tapi tu semua bukan aku...
kita kena bijak sembunyikan diri kita haha

p/s: benda ni tak boley percaya, tapi orang yang ada anugerah yang special ni adalah orang yang terpilih...

11 November 2011

HATI DAN PERASAAN

as salam....

malam ni, Dewan Putra sebelah kolej pasang lagu2 nasyid kuat2...
rasa macam kat UNISZA je *rindu unisza!!! (T_T)
malam ni bukan itu topik yang nak dikupas...
tapi topic berkaitan hati dan perasaan...
saja nak layan perasaan menjelang hari jumaat malam sabtu..
nak hilangkan rasa tension buat assignments yang melambak2 menggunung untuk disiapkan..

hati mula terdetik ketika 'cinta' menyapa...
dia datang lagi...................
dengan seribu angan2 dan cita2...
kata2 manis mula diungkapkan.....
tapi sedaya upaya hati ini menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk menerima apa saja yang berlaku....
redha..itu yang penting......
tapi hati umpama gantung tak bertali...
apa statusnya sekarang?
masih berpunya atau sebaliknya?
hati tak mampu untuk menjawab tapi hati hanya mampu berdoa...

perasaan menipu...
katanya, dia adalah untuk hati..
tapi hakikatnya, perasaan tahu, dia bukan miliknya....
perasaan tahu, dia hanya ingin menyinggah di hati...
perasaan menutup pintu hati dengan bunga2 cinta....
sedangkan hakikatnya, tiada cinta antara hati dan dia....
semuanya seperti di awang2an....

ikutkan hati, dia yang terpilih...
ikutkan perasaan, dia bukan yang dipilih....
tapi manusia adalah tamak...
apa kata hati ingin diturutkan...
apa kata perasaan, ingin dilaksanakan...
cuma akal yang mampu membezakannya....

p/s: esok ada date, nak ikut? :D

7 November 2011

AIDIL ADHA

as salam....

kenapa rasa lain ni?
raya aidil fitri tak lah rasa macam ni sangat.... (T_T)
argghhh!! sedih3.....
sedih mengenangkan diri ini masih belum ada perubahan yang dilakukan untuk menjadi insan yang lebih baik di sisiNYA....
tiapkali dengar takbir, sayu hati ni...
menitis air mata, tersedu-sedu...
mengenangkan dosa-dosa yang lepas...
hati mudah tergoda dengan bisikan syaitan...
hati mudah goyah dengan kata-kata manis syaitan..
hati mudah percaya dengan tipu daya syaitan...
sehinggakan melupakan si DIA...
lalai.......angkuh...riak.......tp sampai bila?
ampunkan hambaMU yang hina ini....

Allah sungguh mengasihi hamba2NYA..
bila kita berniat untuk melakukan kebaikan, sudah diberikan kita pahalaNYA..
bila kita melakukan kebaikan, ganjaranNYA melimpah2....
bila kita berniat untuk melakukan kejahatan, tidak diberi dosa sehinggalah, perbuatan kejahatan itu dilakukan, barulah jatuhnya dosa pada diri kita....
Allah....Kau amat mengasihi hamba2MU ini...

*sebak....SALAM AIDIL ADHA


4 November 2011

RAHSIA

assalam...

ni rahsia..
janji jangan bagitahu siapa2 ok..!
saya 'terjatuh hati' pada seseorang...
sshhhhh!!!
diam2.....nanti dia tahu plak...
malu lah saya macam ni.....
dah lama tak bermesej dengan dia...
ahhhh! pedulikan semua itu...
saya selalu bukak page fb dia...
heeee~~~(^^)
dialah ciri-ciri idaman saya...heee
tapi biarlah semua rahsia ni saya je yang tahu....
sebab saya tak nak hati saya sakit lagi...macam dulu----->ok!start emo...
so, saya dan dia masing2 punya kehidupan yang perlu diteruskan...


please, jangan bagitahu siapa2 tentang hal ni k...
set dulu!
meh, paut jari kelingking awak ngan jari saya, kita ceit plak ngan ibu jari!
janji k!

p/s: terimakasih kerana sudi komen post saya...AWAK!

3 November 2011

WORDLESS THURSDAY (>.<)

assalam....

* lupakan seketika tentang asignments yang menimbun

semalam ke PKU (pusat kesihatan universiti)..
macam biasa, penyakit ELLERGIC datang balik *kau ade ke? 
bila doktor tanya allergic pada apa, aku sendiri tak tahu ellergic apa..... *doktor pun main agak2 aku allergic apa
dapat surat mc.. yeay! tak payah masuk kelas kenegaraan malaysia... *bosan sebab ala2 subjek sejarah sekolah menengah dulu2 kala (-__-)''
sedangkan diri ini bukan kaki ponteng *bukan nak riak, bagitahu je :D
selesaikan PTPTN lepas pegi PKU...
jumpa zack zuhairi!yes! terbaik.......!
siapa zack tu? ---->soh seh soh seh
nak tahu siapa zack tu, crik kat google je k...
sempat berbual,dan terfikir sejenak......errkkk, zack pun pinjam PTPTN???....

hari ini khamis...
seharian ngadap lappy, settlekan asignments yang menggunung umpama gunung ledang... 
tiap-tiap hari petang mesti hujan, jangan risau...
mana2 tempat, utara selatan timur barat..bila petang menjelma, pasti, gerenti hujan turun dengan lebat..!
satu peluang yang tak akan dilupakan iaitu main hujan!
yes! i like! my hobby k....
dah2..nak sambung buat asignments --->ye ye je kan...silap2 melepek atas katil *saat ini tengah ngantuk sangat!

p/s: heaven tidur time2 hujan ni..jooommm kita tidur!


31 Oktober 2011

HERO MALAYA

as salam

sedang Prof Arbaie khusuk memberi taklimat tentang kertas kerja, seseorang telah masuk ke kelas kami di Dewan Zaaba..dan mula memanggil namanya....

'remy ishak, remy ishak.....'

semua orang pandang pada 'remy'......

kemudian, lepas kelas.................

sedang aku dengan saliza menggoogle komputer kat fakulti, 'remy ishak' datang menghampiri.....
wah... ramah orangnya.....hihihihi
mulalah kami berbicara antara satu sama lain....
sibuk pulak mamat tu tengok sekali result exam aku.....*nak tutup ngan tangan tak boleh sebab komputer tu tinggi sikit wuwuwu...
maka, 'remy' pun tengok dengan jelas dan nyata markah2 semua subjek aku...ngeeeee (T_T)

'wah, ambik bahasa arab eh?'

'well, bahasa arab senang..' *punya lah bangga aku jawab...

'em... bahasa jepun susah... dapt 4 per 20 je...'

'sapa suh ambik jepun, ambik lah arab....' heeeee aku kenakan dia balik....

well, dia bukannya pelakon REMY ISHAK tu, tp kami gelarkan dia remy ishak, sebab muka dia ada iras2 remy ishak...heeeee

p/s: ingatkan nak bagi korang tengok picture si 'remy' tu, maap.....tak ada dalam simpanan...:(




30 Oktober 2011

JODOH


dengarnya dorang sedang hangat bercinta..???
terbaik!!! 
cuma berdoa agar berkekalan... aminnn..
suka tengok dorang ni... 
sweet je...tp hati-hati tiz.. 
lelaki manis dengan kata-kata...huk3

p/s: ramai sangat yang puji beg armani tu cantik and sweet....ok! lepas ni kena simpan dalam almari.. takut kena curi (=_=)'' 

*tengok remy ni teringat err err err kt remy ler..hua3 
picture adalah dari ihsan google

29 Oktober 2011

KENANGAN KELMARIN LAGI






biasalah sindrom bercinta....*nada kejelasan terserlah sebab tak da sapa nak mesej aku

28 Oktober 2011

TAHNIAH LAGIIII (^^)



tahniah kepada diri ini kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di 
Universiti Putra Malaysia (^_^)  alhamdulillah3....

TAHNIAH

as salam...
biar lambat asalkan tak basi.....

diumumkan SYAFIA BTE ABDUL RAHIM telah bergraduasi dan kini telah mempunyai segulung DIPLOMA TESL... *tepuk tangan!! weeeeee.... tak caya?nah! aku bagi tgk sepicture je, tak yah nak banyak sangat k




 dan tak lupa juga warga UPM....heeee





dan tak lupa juga pada insan ini....------->
                                                                                   *maaf, sebab tercuri picture kamu
                                                                                                         minah ni senyum tak ingat dunia (^^)

oleh itu, ada insan yang bermurah hati memberi sekuntum,berkuntum2 bunga dan juga sebeg armani..heeeee~~~~

 wanggiiiiiiiinnyyyyyaaaaa :D

 tq pada pemberi beg ini!!!

p/s: sungguh heavennya dapat hadiah, please lah, please bagi hadiah lagiiiii......heeee

MACAM-MACAM

assalam...
alhamdulillah...hidup lagi hari ni.....
semalam lewat malam buat assignmets..tup2 fail yang disave hilang umpama biskut yang ditelan hamster belaan sendiri.... apakah kaitannya? (-_-)''

mana entry tentang raya?
mana entry tentang kerja?
mana entry tentang hari bahagia aku?
mana entry tentang pakwe?---->perlu ke???.........

jawapannya AKU SIBUK!
nanti aku cerita yang best2... (^^)

tq....

26 Oktober 2011

NORMAL

ada banyak yang nk dikongsikan,tp hari dh lewat....
akan ada masa utk menceritakan segala hal...
ilalliqa' ma'assalamah...

7 September 2011

6 Ogos 2011

SAYA MAAFKAN AWAK

malam ni nak story tentang kemaafan..
maaf?apa kaitan dengan kehidupan kita?
ya, dulu aku pernah bercinta, kemudian rupa2nya ditipu (*_*) dan rasa amat bencikan orang itu!
rasanya luka tu ada lagi dan sampai bila2 pun tak pernah hilang dalam hati..huk huk huk *sentimental plak dah
satu hari aku tonton satu drama, dan dan keluar ayat ni

'takkan dia tak pernah buat satu kebaikan pun?'

ya, dari situ aku faham segalanya..
mula2 memang bukan mudah nak maafkan orang yang dah sakitkan hati kita, tapi bila aku fikir balik2 rupa2nya banyak kebaikan dah dia buat untuk aku...
dia tolong topupkan aku time aku tak ada kredit...kalau sekali sekala tu tak apa, tapi kalau dah satu kali masuk topup tu 10ringgit, kali 20 30 kali dia topupkan aku, tak ke namanya aku yang kaya? :D
dia beli baju untuk aku 2 3 ratus sapa plak yang untung? badan aku lah yang untung sebab pakai baju baru..hee
dia yang selalu call aku, bukan aku yang call dia......sapa yang untung? aku jugak kan sebab dapat save kredit nak gayut ngan parents aku kat kampung wee~~~
dia jugak orang yang risaukan keadaan aku... kesian pun ada bila dia tak dapat contact aku.. sebab aku sengaja offkan phone ngeh ngeh ngeh
dan dialah orang kuat aku sebab selalu bagi semangat time aku belajar!yeay!

ahhh!macam2 lagi kebaikan dia pernah buat untuk aku, cuma aku terlalu percayakan dirinya dan anggap dia adalah sempurna sedangkan bila dia buat silap, aku sendiri tak dapat terima..my mistake (T_T)
dulu memang aku susah nak maafkan dia, biasalah..bila kena tipu rasanya nak je tumbuk tampar dia bukannya tangan ko tu sampai pun pia ooiii
semua ni mengambil masa dan alhamdulillah...
ada hikmah semua yang terjadi, makin kita dekatkan diri pada MAHA ESA, insyaALLAH dilembutkan hati untuk memaafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita...amin

p/s : entry ni bukan nak menagih cinta dulu cuma rasanya tak elok salahkan diri dia sahaja..
dalam dunia ni pun, kita sebagai manusia tak sempurna...
oleh itu marilah kita semua maafkan satu sama lain...heeee
peace! no war! <3 <3 <3


4 Ogos 2011

HANDSET

assalamualaikuam..
haluuuuu...pagi semua anak2!!
wah, semua masih bersemangat ye puasa hari ke 4..alhamdulillah..
moga2 semangat berpuasa hingga hari terakhir bulan ramadhan..
jangan ada puasa yangyok ye betul ke aku taip ni?sental je lah.. :D

arini, aii nak bagitau kat kawan2 luar sana...
aii nak mintak maaf sangat2 ye...
sebab apa? sebab aii tak pakai phone sangat...
kadang2 tu, aii buat phone macam bola..
sepak sana, sepak sini...hehehe
sampaikan aii sendiri lupa mana tercampaknya phone aii tu (T_T)
so, bila korang mesej or call, aii tak kesampaian nak mencapai phone tersebut..
ditambah2 pula, aii jenis tak kesah mana phone aii merayap..kih kih kih
bukan apa....memang aii dah lama tak pegang phone..
aii pun selalu tinggal phone kat bilik, so korang2 call or msg memang tak dengar.. aii bizi kat dapur lah...
macamlah rumah aku rumah banglo kan
seriously, phone tu pun dah tak kenal tuannya sendiri (-__-)''
baby syahidah pun selalu 'makan' phone aii..
sampai basah uuuu....tak pasal2 kena tanggalkan satu2 isi2 phone tersebut sebab nak cepat kering..
btw, tak payah lah nak mesej aii sangat..
sebab aii tak kan reply, this is for sure!
kredit dalam phone aii tu takkan naik punya kalau aii tak topup..
so, 2 3 bulan tak topup apa jadi?
maka, terbengkalailah kredit dalam phone tu..agagaga
sekarang, ada macam2 bentuk komunikasi...
so, aii prefer korang2 contact aii via FB je..
sebab lagi save dan sure2 aii akan balas heeee~~~
lagipun aii pakai broadband...
broadband aii boleh mesej korang lau dah urgent sangat2!!
tp aii tak bagi korang save no broadband sebab bukan boleh call pun huhuhu


p/s 1: wahai J105i, aii mintak maaf sayang.... aii plan madukan uuu.. t aii kenalkan ye cinta aii lagi satu hik3 >_<

p/s 2: wani..please call akuuuu!!!




2 Ogos 2011

SI KECIL

before puasa aritu, aku ada buat 'photoshoot' buat si kecil cumil buah hati pengarang jiwa dan raga diri ini hehe..
walaupun just guna kamera henpon jenis J105i je, jangan ingat tak boleh buat photoshoot tu ye...
sekarang memang tak mampu nak beli camera nikon,canon dan segala bagai tu...
nanti aku dah ada duit aku beli..dah2, tak mau banyak cerita, krang tgk jer lah baby ni posing...zaasss!!

 
mata caye bulat!heee~~

ikutkan nak tepek banyak2 gambar si kecil ni tapi memandangkan incik berokband sangat 'laju' maka, sesi penambahan gambar terpaksa ditunda (-__-)

BIBIR

pagi2 lepas solat subuh ni rasa nak share something even followers tak ramai (-__-)''
ok,mari2 dekat2,akak2,makcik2,adik2...aii nak kongsi sesuatu yang pasti membuatkan kamu2 semua teruja heee~~~
mungkin tajuk entry kali ini menunjukkan kelucahan sedikit tapi tak bermakna isi kandungannya lucah ye (^_^)
sape2 ada masalah bibir kering?bibir gatal?bibir luka sebab kering?segala bagai bibir lah....sampai membuatkan bibir2 korang yamg cantik mugil,montok tu jadi tak berapa nak menarik,angkat tangan tinggi2!!!~~~heee
arini aii nak share camne u alls nk settlekan masalah negara ni...
dalam peti sejuk u alls ada tak susu pekat?alaaa susu yang selalu korang buat milo panas tu??
ok2,jangan amek banyak2 yer,just amek secolet sahaja dan sapu pada bibir u alls...
biarkan selama semalaman...
sila amalkan selama beberapi hari, ikut sukalah, nak seminggu ke, 2minggu ke,selagi tak habis susu tu korang habiskan pun takpakan heeee~~~
dan resultnya, insyaALLAH amat menberangsangkan... 
bibir akan kelihatan cantik sebab susu pekat manis,so bibir pun jadi manis bila senyum kih3...

ha,tengok bibir miss google ni..sweet je kan... :D
renung2kan dan selamat beramal..weee~~~
aii dah try, u alls bila lg? (^_^)
 

1 Ogos 2011

TEMAN

semalam, seorang teman sekolah telah menegur aku dalam ruangan YM...
kelihatannya gembira.. alhamdulillah.. *saya juga tumpang gembira awak (^_^)
mungkin kami sudah lama tidak ketemu dan bersua...
rindu benar dia pada aku... alhamdulillah, ada juga insan yang merindui diri ini...
dan dia telah berpesan '' BERBAHAGIALAH DENGAN HIDUP ''
ya, itulah yang aku sedang nikmati sekarang...
terimakasih teman, atas nasihat kamu.........
p/s: fatin nabila kembarku :D

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN ALMUBARAK

ahlan wa sahlan ya ramadhan..
alhamdulillah..diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan lagi pada tahun ini...
syukran3...
cuma sedikit kelainan dan keistimewaannya ramadhan kali ini..
tugas sebagai anak pertama telah diberi sejak akak aku nikah dengan abg ipar aku..
so...segala persiapan semestinya diri ini yang harus dan wajib lakukan (-__-)''
tp keistimewaannya kali ni, keluarga kami dh bertambah! yeay!
tahun ni ade baby syahidah yang menceriakan hari2 hidup isi keluarga...
em macam2 nak beli untuk si kecil tp duit tak ada memandangkan kerja aku menanam anggur tak membuahkan hasil..huuuu~~~
ramadhan kali ini memang berbeza...
tak seperti  3 tahun yang lepas..
sebab 3 tahun yang lepas aku berpuasa di perantauan...
kali ini berpuasa dengan keluarga kembali!!
keterujaan teramat sangat...tp seringkali mengingati saat2 berpuasa bersama2 teman seperjuangan..
buat semua

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK! (^_^)



27 Julai 2011

ALHAMDULILLAH.. SYUKRAN JAZILAN

mungkin Allah nak uji keluarga kami..
dengan rendah diri, aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan kami..
dengan adanya dugaan2 yang diberikan, kami semakin kuat dan tabah mengharungi cabaran hidup..
seringkali di bibir orang sekeliling, mengatakan kami orang senang..
alhamdulillah.. tu jer aku mampu ucap bila orang cakap macamtu.. sedangkan realitinya?
bila dikenang kembali, saat kita senang, memang ramai yang menanti tapi bila kita susah, ohh ramai yang cabut lari...menghilangkan diri.. *dah macam pantun pula (-__-)''

ya, aku anak seorang penoreh getah, aku anak seorang penyawit, aku anak seorang tukang masak..
aku makan ikan kembung hari2, tanpa jemu..
aku makan sayur kangkung tumis tanpa jemu..
aku dan adik2 yang lain diajar tentang kesusahan..
bangun pagi2, bawak bekal adakala bawak bantal, pegi ke ladang getah..
teman mak ayah menoreh..
nyamuk banyak..berbintat2 badan ni...
aku bangun pagi2, bawak kereta sorong, pakai sarung tangan untuk angkat buah2 kelapa sawit yang dah masak..
ada yang dah gugur, kutip dengan tangan walau banyak semut api..
bila kena gigit, mula rasa gatal.. (*__*)
adakala jari tertusuk duri2 buah kelapa sawit..sakit.. (T_T)
tapi orang tak tahu semua itu..
mereka hanya melihat tapi bukan mereka merasainya sendiri...

aku tak malu untuk mengakui semua itu kerana bila kita di atas, kita kena ingat suatu saat dulu kita pernah berada di bawah dan tak mustahil, kita akan berada di bawah lagi..
walau ayah sekarang kerja seorang pegawai tadbir, tapi kami tak pernah lupa suatu saat dulu kami pernah susah...........sehinggalah saat itu kembali lagi... *sebak..
sampai sekarang masih melakukan pekerjaan2 itu..
tapi kami bersyukur, sesungguhnya Allah Itu Maha Pemurah..
diberiNya kami rezeki2 yang tidak henti2.. 
alhamdulillah.. SYUKRAN YA RAB...

musim buah2an datang lagi...
ramai jiran tetangga bagi buah...
ada juga bagi telur ayam...besar2...
apa yang dapat aku pelajari, 
Allah beri hujan, rupa2nya, DIA nak bagi pelangi yang cantik (^^)

aku bercerita kisah ni bukan meminta simpati jauh sekali meminta belas kasihan ataupun menimbulkan rasa kejengkelan para pembaca, cuma sebagai renungan untuk dijadikan iktibar...
jangan rasa riak atau takabur dengan segala nikmat yang diterima, jangan rasa kedekut untuk memberi...
kita hidup di dunia ni pun saling berkongsi.. tak percaya?
udara, kita kongsi?ya!
air, kita kongsi? ya!
bumi, kita kongsi? ya!
suami, kita kongsi? ya!
segalanya kita kongsi bersama dan oleh itu........ucapkanlah 
SYUKUR, ALHAMDULILLAH walau apapun yang terjadi...

p/s : manisnya buah2an...........heeeeee