6 Ogos 2011

SAYA MAAFKAN AWAK

malam ni nak story tentang kemaafan..
maaf?apa kaitan dengan kehidupan kita?
ya, dulu aku pernah bercinta, kemudian rupa2nya ditipu (*_*) dan rasa amat bencikan orang itu!
rasanya luka tu ada lagi dan sampai bila2 pun tak pernah hilang dalam hati..huk huk huk *sentimental plak dah
satu hari aku tonton satu drama, dan dan keluar ayat ni

'takkan dia tak pernah buat satu kebaikan pun?'

ya, dari situ aku faham segalanya..
mula2 memang bukan mudah nak maafkan orang yang dah sakitkan hati kita, tapi bila aku fikir balik2 rupa2nya banyak kebaikan dah dia buat untuk aku...
dia tolong topupkan aku time aku tak ada kredit...kalau sekali sekala tu tak apa, tapi kalau dah satu kali masuk topup tu 10ringgit, kali 20 30 kali dia topupkan aku, tak ke namanya aku yang kaya? :D
dia beli baju untuk aku 2 3 ratus sapa plak yang untung? badan aku lah yang untung sebab pakai baju baru..hee
dia yang selalu call aku, bukan aku yang call dia......sapa yang untung? aku jugak kan sebab dapat save kredit nak gayut ngan parents aku kat kampung wee~~~
dia jugak orang yang risaukan keadaan aku... kesian pun ada bila dia tak dapat contact aku.. sebab aku sengaja offkan phone ngeh ngeh ngeh
dan dialah orang kuat aku sebab selalu bagi semangat time aku belajar!yeay!

ahhh!macam2 lagi kebaikan dia pernah buat untuk aku, cuma aku terlalu percayakan dirinya dan anggap dia adalah sempurna sedangkan bila dia buat silap, aku sendiri tak dapat terima..my mistake (T_T)
dulu memang aku susah nak maafkan dia, biasalah..bila kena tipu rasanya nak je tumbuk tampar dia bukannya tangan ko tu sampai pun pia ooiii
semua ni mengambil masa dan alhamdulillah...
ada hikmah semua yang terjadi, makin kita dekatkan diri pada MAHA ESA, insyaALLAH dilembutkan hati untuk memaafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita...amin

p/s : entry ni bukan nak menagih cinta dulu cuma rasanya tak elok salahkan diri dia sahaja..
dalam dunia ni pun, kita sebagai manusia tak sempurna...
oleh itu marilah kita semua maafkan satu sama lain...heeee
peace! no war! <3 <3 <3


2 ulasan: