12 November 2013

KOSONG

malas nak cerita banyak-banyak..

malas nak buka hal lama..

malas nak ambil tahu hal orang yang sama..

wooiii...kenapa kau datang balik?!




*benci

15 September 2013

DIA

salam..

saya perlu masa yang panjang untuk menaip entry kali ni...
memikir untuk membuat keputusan yang paling besar yang mengubah segalanya..

sambil dengar lagu rancak dan membuai jiwa dari drama korea A Gentlemans Dignity, hati saya rasa membuak-buak memaksa jari-jari menari atas key board.. *sedang melalui mood yang sangat gembira :)

sebelum saya kembali ke UPM 2 minggu lepas, emak telah menerima satu panggilan dari mak cik saya...
kedengaran sangat penting, lain macam pula boraknya? haih, ada apa-apa ke?
ehem ehem ehem..panggilan tamat dan dengan tenangnya, mak telah membongkarkan hal yang dibincangkan mereka...

oh oh oh....mak dengan penuh senyuman menanyakan,

'kau ada siapa-siapa ke? mak uda nak kenalkan dengan orang sana (Pontian)'


dan saya bermonolog dalam hati 'oh, matilah aku' *padahal masih hidup lagi kikikiki

saya tak menjawab, tetapi senyum sahaja...kemudiannya saya jawab,

'nak kata ada tu tak ada lah... ada orang tu, entah senyap je.' *takda tapi macam ada? -_-


**kejadian lepas buat saya serik nak bawa pulang mana-mana lelaki untuk diperkenalkan sebagai kekasih hati :'(

dia, berumur 26 tahun..
dia, memiliki ijazah...
dia, sudah bekerja..
dia, pernah bercinta tapi kekasih hati telah dikahwinkan oleh bapanya dengan orang lain..
dia, akibat terlalu sayang kepada bekas kekasih dan mengalami kekecewaan yang mendalam telah menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapanya..
dia, anak kedua..........*eh, yang ni sama >.<

akhir sekali, saya serahkan kepada mak ayah saya tentang hal tu..
ayah dah tahu, dorang bincang....bla bla bla bala eh eh haha

apa yang saya perhatikan, emak dan ayah saya gembira dengan hal ini..
apa lagi yang saya perlukan jika bukan senyuman kegembiraan mereka? i feel so bless!

secara terus terangnya, masa mula-mula emak bagitahu, saya menggigil, badan sejuk dan jauh di sudut hati saya, rasa sebak... :'(

dan setelah berbincang dan bermesyuarat sana sini situ, saya dan dia bakal berjumpa pertama kali pada hari raya haji......dan saya? WHAT?! *dup dap dup dap...berdebar-debar jantung saya

sejujurnya, saya rasa macam macam macam kosong....
apakah doa saya selama ni dimakbulkan? 
saya ni layak ke untuk dia?
banyak ? dalam kepala saya....

buat masa ni, saya serahkan segalanya pada emak dan ayah..
dan saya tak nak tahu apa-apa...

perihal soal jodoh ni, saya lebih selesa untuk tidak terlalu mengharap..
sudah saya pesan pada emak dan emak pun pesan kembali pada saya,

'kawan dulu, tengok dulu macam mana orangnya.. mak tak paksa..'


tapi saya tahu setiap ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anaknya...


*kita jumpa raya haji nanti, insyaAllah, dengan izin Allah...

p/s: rasa macam cerita Dena Bahrin pulak >.<


p/ss: kenapa ayat macam skema? -_-


p/sss: one month from now, im counting days.. *actually, im so nervous! 

9 September 2013

..........

aku doa pada Tuhan, 

Tuhan kabulkan doa aku,

aku tanya kembali pada Dia,

'Tuhan, Kau kabulkan doaku?'

3 Ogos 2013

KEMAAFAN DENDAM TERINDAH

assalamualaikum..

dendam = segumpalan perasaan sakit hati, benci, dan kadang-kadang rasa 'sanggup buat macam tu'  *sedih

truly story, bulan ramadhan ni saya rasa ada sesuatu tak kena...
satu perasaan di mana, saya rasa saya kena tahu 'apa yang aku kena buat?'

biasa pernah dengar kan, doa orang teraniaya Allah makbulkan..
jadi nak tak nak, saya kena buat sesuatu itu..
selang beberapa minggu dalam bulan ramadhan tu, saya buat solat istikharah...
sama ada dia untuk saya atau dia bukan untuk saya..

well, straight to say, you know well when someone is in the process of changing to like someone others and ignoring yourself alone...
sebenarnya cerita ni ulang balik je dari cerita 2 3 4 5 6 7 tahun yang lepas, orang yang sama, perangai yang sama, janji yang sama...
solat isikharah ni saya kena buat, sebab petunjuk Allah tu sebaik-baik keputusan kan?
so, 3 hari berturut-turut saya solat istikharah dengan doa yang bersungguh-sungguh..

ya Allah, berikan ku petunjuk...
kalau dia adalah untuk ku, Kau jagalah hati kami, dan Kau satukanlah kami...
namun, jika dia bukan untuk ku, Kau hapuskanlah, Kau buangkanlah perasaan sayang, cintaku padanya...

dalam tempoh itu, takda sebarang jawapan....
tapi seminggu kemudian, jumaat, minggu terakhir ramadhan, Allah makbulkan doa saya..

ya Allah, aku redha dengan petunjuk Mu.. :')

saya kena lepaskan perasaan saya yang 7 8 9 tahun lepas... *sepatutnya saya buat lama dulu lagi..

saya sedih..
tapi saya dah menjangkakan perkara ini akan berlaku lagi...

dalam pada itu, telinga saya menangkap seungkapan, mungkin berungkap-ungkap...

apabila kita ditimpa sesuatu kesusahan, kepayahan atau yang memudaratkan diri kita, ucap:

INNALILLAHIWAINNAHILAIHIRAJI'UN

lepas tu, doakan ini:

ya Allah, Kau gantikanlah, Kau datangkanlah seseorang yang lebih baik daripada dia..

tetapi hati kena redha atas ketentuan Allah, maafkan dia, dan doakan kesejahteraan dia..

doakan kesejahteraan orang, malaikat sanjung kita tau :)

dan langkah yang perlu saya ambil, move on...! sebab Allah ada untuk kita.....berubah jadi yang lebih baik lagi..... :)

you deserve to be happy,
you deserve someone better..-why-











15 Mei 2013

CRUSH

kau suka dia dalam diam....

dia suka kau dalam diam......










7 tahun berlalu....

dia dah bertunang....

sekian.....

11 April 2013

SURATAN ATAU KEBETULAN?

him: sabtu akak pergi UPM sampai ahad kelas, pertemuan dengan pensyarah.
me: ustazah amek kos apa kat UPM? 
him: BM komunikasi.
me: jadi 1 fakulti dengan sya kan?!
him: yezzer!!!

saya tak tahu apa aturan ALLAH untuk saya...
sedangkan saya tahu saya boleh elak semua ini daripada terjadi...
1 fakulti dan berkemungkinan bila bila masa saja kami boleh bertembung..
memang, memang dia tak kenal saya, tapi saya kenal dia...
perkiraan saya, dia adalah junior saya..
aahhh dunia ini kecil... tapi ujian ALLAH ini benar-benar buat saya tak tenang...
kenapa saya? dan bukan orang lain? 
kami punya persamaan yang sama, perancangan yang sama...
saya tak sanggup berdepan dengan ujian ALLAH ini...

ya Tuhan, beri aku jalan, beri aku jalan, beri aku jalan......jalan yang tidak melukakan hati aku sendiri...
tolonglah Tuhan, tolong hamba hinaMu ini...

andai saya terserempak dengan dia, pertemuan kami adalah pertemuan terindah... 

*CINTA JANGAN PERGI~~~

6 Mac 2013

KATA HATI

assalamualaikum...

walaupun dah basi tetap nak cerita juga!!! *hentak-hentak kaki >.<

minggu lepas sangat best mengharungi hari-hari indah di upm *poyo haha
ok, kita terus kepada topik kata hati / gerak hati / hati-hati, whatsoever kan..
last week, petang, dan pada waktu itu saya baru bangun tidur...
tiba-tiba boleh teringatkan si radzi aka crush masa sekolah dulu *kemain
dan boleh pula hati saya berbisik, 'kan best kalau dia inbox aku, tanya khabar bla bla bla...'
dan memang pun bila buka fb, i got a message from him! *excited ok!
not a message only, messages! 

last week juga birthday ex boy friend saya, hafiz!
so, that day, early in the morning i wish him by texting him...
tiba-tiba hati saya berbisik, 'harap-harap dia call aku..kot-kot lah boleh cakap lama..'
he replied my messang and guess what?!
dia nak call dan minta no maxis siapa-siapa sebab dia dapat free call..!
me is using celcom tergedik-gedik pinjam no kawan untuk cakap dengan dia and we talked for an hour kot hew hew hew ;)

last week juga, kelas sosiolinguistik sangat menyeronokkan!
tak pernah-pernah ketawa non stop dalam kelas...
before the class start, saya cakap dengan tuna...
'dah la muka macam p.ramlee, kalau nyanyi mesti sedap...'
then, class started as usual, he talk we lough he talk we lough.... dia sangat best!!!
tiba-tiba, yes he is singing!!!!
i am suprise! haha

apa kaitannya dengan setiap kes yang saya ceritakan ni...
sebenarnya, mereka-mereka di antara orang yang saya rindu dan adore..
ALLAH tu tahu apa yang kita mahukan...
see, betapa Dia tahu kata hati saya, Dia tunaikan segalanya macam magik!
taraaaaa!!!!
haha.... unbelievable!!
tapi apa kuasa kita nak tandingi segala kuasaNYA kan?
thanks ALLAH for everything YOU had given to me.. ;)

till we meet again!

INGAT, LUPA.

satu.

dua..

tiga... 

tiba-tiba kau ingat aku...

satu.

dua..

tiga...

tiba-tiba kau hilang pergi tinggalkan kenangan..

satu.

dua..

tiga...

tiba-tiba kau ingat aku lagi...

satu.

dua..

tiga...

aku masih kenal kau...

satu.

dua..

tiga...

kau pergi lagi tanpa tinggalkan nota..

satu.

dua..

tiga..

kau ingat aku lagi... 

satu.

dua..

tiga...

maaf, aku dah lupakan kau...

bila kau perlu, kau cari.. 
bila kau tak perlu, kau buang..
itu fungsi aku pada mata kau...


24 Februari 2013

KRONOLOGI

ni jalan ceritanya...
naik semester 4 baru nak tengok result exam dan dapat dijangka kejatuhan nombor-nombor berikut!
halamak! halapak! 




sem 4 kena struggle zahir dan batin!
ada 2 subjek 4 jam kredit!!! matilah! matilah! -.-''

*tetap bersyukur! alhamdulillaaahhhh ;)


3 Januari 2013

2013



*i think this is the best for welcoming 2013 hehe *actually dont you think it is cute?