15 September 2013

DIA

salam..

saya perlu masa yang panjang untuk menaip entry kali ni...
memikir untuk membuat keputusan yang paling besar yang mengubah segalanya..

sambil dengar lagu rancak dan membuai jiwa dari drama korea A Gentlemans Dignity, hati saya rasa membuak-buak memaksa jari-jari menari atas key board.. *sedang melalui mood yang sangat gembira :)

sebelum saya kembali ke UPM 2 minggu lepas, emak telah menerima satu panggilan dari mak cik saya...
kedengaran sangat penting, lain macam pula boraknya? haih, ada apa-apa ke?
ehem ehem ehem..panggilan tamat dan dengan tenangnya, mak telah membongkarkan hal yang dibincangkan mereka...

oh oh oh....mak dengan penuh senyuman menanyakan,

'kau ada siapa-siapa ke? mak uda nak kenalkan dengan orang sana (Pontian)'


dan saya bermonolog dalam hati 'oh, matilah aku' *padahal masih hidup lagi kikikiki

saya tak menjawab, tetapi senyum sahaja...kemudiannya saya jawab,

'nak kata ada tu tak ada lah... ada orang tu, entah senyap je.' *takda tapi macam ada? -_-


**kejadian lepas buat saya serik nak bawa pulang mana-mana lelaki untuk diperkenalkan sebagai kekasih hati :'(

dia, berumur 26 tahun..
dia, memiliki ijazah...
dia, sudah bekerja..
dia, pernah bercinta tapi kekasih hati telah dikahwinkan oleh bapanya dengan orang lain..
dia, akibat terlalu sayang kepada bekas kekasih dan mengalami kekecewaan yang mendalam telah menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapanya..
dia, anak kedua..........*eh, yang ni sama >.<

akhir sekali, saya serahkan kepada mak ayah saya tentang hal tu..
ayah dah tahu, dorang bincang....bla bla bla bala eh eh haha

apa yang saya perhatikan, emak dan ayah saya gembira dengan hal ini..
apa lagi yang saya perlukan jika bukan senyuman kegembiraan mereka? i feel so bless!

secara terus terangnya, masa mula-mula emak bagitahu, saya menggigil, badan sejuk dan jauh di sudut hati saya, rasa sebak... :'(

dan setelah berbincang dan bermesyuarat sana sini situ, saya dan dia bakal berjumpa pertama kali pada hari raya haji......dan saya? WHAT?! *dup dap dup dap...berdebar-debar jantung saya

sejujurnya, saya rasa macam macam macam kosong....
apakah doa saya selama ni dimakbulkan? 
saya ni layak ke untuk dia?
banyak ? dalam kepala saya....

buat masa ni, saya serahkan segalanya pada emak dan ayah..
dan saya tak nak tahu apa-apa...

perihal soal jodoh ni, saya lebih selesa untuk tidak terlalu mengharap..
sudah saya pesan pada emak dan emak pun pesan kembali pada saya,

'kawan dulu, tengok dulu macam mana orangnya.. mak tak paksa..'


tapi saya tahu setiap ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anaknya...


*kita jumpa raya haji nanti, insyaAllah, dengan izin Allah...

p/s: rasa macam cerita Dena Bahrin pulak >.<


p/ss: kenapa ayat macam skema? -_-


p/sss: one month from now, im counting days.. *actually, im so nervous! 

9 September 2013

..........

aku doa pada Tuhan, 

Tuhan kabulkan doa aku,

aku tanya kembali pada Dia,

'Tuhan, Kau kabulkan doaku?'