28 Februari 2012

MOMENTS TO REMEMBER

SEMESTER PERTAMA

' fika! tolong aku! assignment aku hilang!'

' laa macam mana boleh hilang? kau ada copy tak?'

' aku mana ada copy lagi dah.... yang tu je lah... fika, macam mana ni? penat aku buat assignment tu.. bukan sikit, banyak tau.. 17 muka surat..'

' tak apa pia, releks k... aku tolong kau...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' pia, aku ada interview, kau doakan aku k..'

' bila kau interview? kat mana? aku temankan...'

' hari jumaat, kat shah alam.. tak apa ke kau temankan? '

' alaa ok je, kita kan kawan fika.. lagipun shah alam tu jauh, aku risaukan kau..'

' ok, t kau pinjam helmet kat bella...'

' ok..'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' weh pia! aku nak ajak kau makan kat satu tempat ni.. best gila.. aku gerenti mesti kau suka..'

' kau nak bawa aku pegi mana fika? aku kalau naik moto dengan kau ok je..'

' alaa kau ikut je...'

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

' pia, kau perasan tak, tiap kali kita keluar mesti hari jumaat.... tengah hari pula tu....'

' ha'ah lah.. kalau kau tak cakap mesti aku tak perasan...'

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

' fikaaaa!!! bawa moto pelan sikit! sakit bontot aku kau langgar bonggol.. addoooiiii..'

' hahahaha.... aku tak nampak lah bonggol tu.. sorry-sorry...'

' sakit kau tahu tak! nak break bagitahu aku awal-awal... kaki aku pun sama kena break....'

' yelah-yelah...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' fika, kau tengok makwe tu.... mesti merajuk dengan pakwe dia...'

' ha'ah.... kesian pakwe dia.. makan sorang-sorang pula tu....'

' tu mesti budak lagi kan.... pakwe dia boleh dapat lagi bagus dari dia tu..'

' betul...! handsome pun handsome pia....'

' tu lah.. dia tak tahu apa tu putus cinta.. tak macam kita...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEMESTER KEDUA

' pia, aku nak berhenti belajar...'

' haha kau... saje je kan? '

' betul lah ni... aku tak main-main.. kau buka esmp jap.. aku nak kena buat online berhenti belajar.. tadi aku pergi bhep, orang tu suruh aku buat online dulu...'

' ok.........' *sob sob sob (dalam hati)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' weh, nanti malam kita makan sama-sama pia...'

' aku ok je.. aishah pun ok... tapi petang ni kiteorang nak pergi jusco kejap.. nak beli buku macam bagai..'

'tak apa...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

siapa fika?
fika tu antara kawan aku yang paling aku sayang dekat UPM...
pertama kali aku masuk UPM, memang aku tak teruja langsung...
aku jumpa fika dengan aishah... best! budak 2 orang ni boleh tahan gila juga...

fika pun aku anggap macam akak....
sebab dia selalu bagi nasihat dekat aku....
dan dialah orang pertama dan terakhir panggil aku dengan nama PIPIYA....
aku kadang segan juga bila dia panggil aku dalam kelas dengan nama macam tu....
tapi aku jenis tak kesah.... layankan je....
makin aku panggil dia PIPIKA....haha kan dah kena dengan aku...

fika pun aku anggap macam penasihat aku...
yelah, dah lah aku cerewet beli kasut...
bayangkan kiteorang pergi TS, round banyak kali tapi aku tak berkenan langsung kasut-kasut dekat kedai TS.. -.-''

kiteorang suka juga ride....
bila pergi tak sesat, balik sesat pula.... apa kejadah lah..iskh3

secara jujurnya, susah nak cari kawan macam fika...
bila tengok dia senyum, mesti rasa happy je...
bila aku dalam susah, insyaallah, seboleh-bolehnya dia nak tolong....

minggu lepas, ramai tanya pasal fika sebab fika tak masuk kelas lagi....
so, aku jawablah fika datang next week...
rupanya dia datang cuma nak spend time dengan kiteorang... 
dia decide nak stop belajar...
memang dia ada cakap sebelum ni, tapi aku ingatkan dia takkan buat...
ada sebab dia stop belajar...so, aku tak nak paksa dia sambung belajar...
she big enough to make a right decision...




 
for the last days, we spent time together...
bila makan sama-sama, aku cuba sorok muka sedih....
ada juga hampir nak menangis depan dia...cepat-cepat aku alih muka tempat lain...
serius, she is the best bestie in my life....

fika, we will miss you..... ;')

 


 

 

22 Februari 2012

HARI-HARI PENUH KESYUKURAN

assalamualaikum...

sejak naik semester baru ni, macam-macam hal berlaku...
sangat indah tak terungkap dengan kata-kata..
syukur padaMU ya rab...

kaki melangkah ke kelas dengan penuh semangat...
bibir pula mula tersenyum kegirangan..
ya Allah, jangan kau ragut kebahagiaan ini dari ku...

hari-hari penuh kesyukuran....

pertamanya...
alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang memberangsangkan...
cukup membuat kedua-dua mak ayah tersenyum dan gembira..
ini saja mampu aku hadiahkan untuk kalian...
terima kasih mak, ayah kerana sanggup bersusah payah untuk ngah..
 
keduanya...
terima kasih buat sahabat sejati, wahidah mohd farouk atas entry awak pada saya..
serius, terharu sangat...
awak faham kesedihan saya, dan awak tahu untuk membahagiakan saya..
terima kasih sahabat..
rindu awak sangat-sangat...
jauh di sudut hati, doa sentiasa mengiringi kamu..



ketiganya...
tahniah buat heirwan..
akhirnya, tercapai juga cita-cita beliau nak buka sebuah syarikat perniagaan..
sudi juga berkongsi kejayaan kamu dengan saya..
FOURCALIPHS SDN BHD..
(Empat Khalifah) disebalik namanya...
maafkan saya selama ni mengherdik, mencaci, menghina kamu..
khilaf saya kerana dihasuti oleh nafsu semata-mata..
walau apa-apa pun kita masih berkawan...
doa semoga kamu berjaya dalam perniagaan kamu..



keempatnya...
alhamdulillah..Allah lembutkan seorang yang pernah hadir dalam hidup ini...
hafiz, tidak pernah sedikit pun saya lupakan tentang awak...
walau ia sudah berlalu, bukan bermakna semua memori itu saya padam dalam ingatan saya...
saling memaafkan itu lebih afdhal dari terus memusuhi...
saya dah lama maafkan kamu...
kita kawan sampai bila-bila..

sedang aku menaip entry ni, hati ini sebak...
ya, tanpa aku sedar, Allah memulangkan kembali kebahagian yang aku inginkan selama ini...
aku punya keluarga, aku punya kawan-kawan dan aku punya DIA dalam meniti hidup yang penuh berliku2..
aku gembira, sehinggakan airmata kegembiraan itu menitis ke pipi...
rahmat yang Kau turunkan untukku sangat bernilai ya rab...
perlahan-lahan hati ku berbisik:

 'alhamdulillah...segalanya seperti yang ku harapkan dan segala doaku Kau makbulkan..''

hari-hari yang penuh kesyukuran ini membuatkan hidup aku lebih tenang...
tak seperti dulu...

surah al-hajj (50) : ''those who believe and work righteousness, for them is forgiveness and a sustenance most generous...'' 

p/s: sekalung takziah buat abg ipar atas pemergian ayahanda tercinta lewat petang semalam

20 Februari 2012

UPM, I'M BACK TO YOU!

assalamualaikum...

alhamdulillaaahhh....
diberi peluang untuk menyambung pengajian di UPM untuk semester ke-2...
result? sesungguhnya, rezeki itu datangnya dari ALLAH hehe

ok, semester 2 ni apa yang best?
well, mestilah subjek2nya yang gempak kan...
let me list!

PENGHANTAR LINGUISTIK AM
HUBUNGAN ETNIK
BAHASA ARAB II
ORAL INTERACTION SKILL
FONETIK DAN FONOLOGI
PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF
KOKO BAKTI SISWA

dan dengan bangganya, hari ni first kelas Penghantar Linguistik Am...
lecturer ok sangat, dan ketawa beliau sangat comel!
oleh yang sedemikian, beliau telah memberikan eseimen2 yang menarik untuk kami siapkan  -.-''
 subjek beliau je dah ada 2 eseimen, belom subjek2 yang lain...
kepala mula mengira2 untuk menerima kejutan letrik! *sabar!
semester baru bermula, semangat harus berkobar untuk mepertingkat ilmu di dada! cewahh!

p/s: tiba2 terlupa something, macam mana nak naik bas?
 

15 Februari 2012

THIS IS A CHANCE!


tak dinafikan Yusuf Gajah adalah salah seorang idola aku...
yes, i like his arts...
who knows this is my chance to meet him rite?
alangkah indah kalau Villa Puteri tu area UPM je kan...?
boleh datang jumpa beliau.....

THIS IS A CHANCE, i want it!

siapa YUSUF GAJAH? err google sendiri!hehe 

p/s: thanks to unty Puziah Haron for the invitation 
*hati ni berkobar2 nak pergi hi tea itu!

6 Februari 2012

AKU AKU, AKU KAU?

ya, aku sedih sekarang :'(
kau tak tahu kan?

kau tahu, bila kau buat mak ayah aku macam tu, aku lari bilik, then aku pekakkan telinga aku dengan earphone pasang lagu kuat2, yang rancak2 tapi airmata aku tetap keluar jatuh atas pipi..
aku ni anak tak guna ke hape biar semua tu berlaku depan mata?
aku nak cakap je apa salah kau, tapi aku tahu kau takkan terima sebab kau pikir kau tu betol belaka dan aku salah!
kau keras kepala dan takkan dengar pendapat orang lain..
kau tahu, aku marah sampai aku menangis..
kau tahu, tiap masa mak ayah aku cakap pasal kau?
kau tahu betapa sedihnya mak ayah aku sebab kau buat macam tu kat dorang?
kau tahu apa yang dorang rasa bila hari2 kau buat macam tu kat mak ayah aku? 
kau tahu tak?!
ye, hari2 aku tak dapat nak tahan sebab kau buat benda yang sama!
kau ingat mak ayah aku tu ape?

serius, kalau aku sound kau, kau takkan jejak kaki kat rumah aku lagi!
*tears
 YA ALLAH, KAU TABAHKANLAH HATIKU INI, MOGA AKU MAMPU BERTAHAN UNTUK HARI2 TERAKHIR INI DI RUMAH~~~