31 Mac 2012

YOU ARE PRICELESS


AL-FATEHAH ATOK ANI...:'(

*be the last person know about you is really hurting myself..
i'm sorry, because couldn't make the last meeting for you..
i'm not a good grandchildren, but the one you should know is I LOVE U so much! and i can't stand for missing you damn much ;')
SORRY FOR LAST TIME ATOK :'(

29 Mac 2012

BUNGA-BUNGA CINTA (MIHRAB CINTA)

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

*credit google



26 Mac 2012

BIDADARI DUNIA

saya tertarik dengan video ni....
pertama kali saya tengok video ni, hati kecil saya tersentuh...
kerana segala khilaf yang telah saya lakukan dulu...
perlahan-lahan saya menuju ke jalan Allah...
jalan yang penuh ranjau tetapi saya tahu di penghujung kelak ada sinar yang menanti saya...
saya manusia biasa, sering melakukan kesilapan...
tetapi saya berharap akan ada hadirnya 'imam'  membimbing saya ke jalanNya...
insyaallaahhh...

 (disebabkan blog saya dah sedia pasang lagu opick, so tak dapat dengar dengan clear video ni, saya sarankan anda tengok via youtube ok ;) )



MAKE IT AS OUR ROUTINE!

assalamualaikum kawan-kawan....

bismillahirrahmanirrahiiiiimmmmm.....

'dimulakan dengan bismillaahhh, diakhiri dengan alhamdulillaaaahhh...lalalalala *tetiba nyanyi lagu raihan hehe

eh eh... kawan-kawan! nak pergi mana tu? meh sini, kak jah nak promote something! rugi senah, melah, siti tak join...
tak pa, kak jah tak minta modal apa-apa pun...hehe
cuma modal air liur kak jah lah korang kena bayar... eh?air liur ke? padahal menaip ni..-.-''

mesti senah, limah dan siti tak sabar sangat kan nak tahu apa yang kak jah nak promote ni...
ok, duduk rapat-rapat, pandang muka kak jah ni....
then, bagitahu apa yang ada kat muka kak jah....
ye, bagus jawapan korang..
memang muka kak jah ada tahi lalat gedabak besar pun... -.-''

produk kak jah ni free je..
kita perempuan ni kena bijak jaga muka.. bukan perempuan je..lelaki pun!
akak tak tipu ni! kak jah nak offer korang produk 'wudhuk'!
hehehe kenapa wudhuk? meh kak jah nak story pasal wudhuk ni...
lepas ni korang mesti nampak cun melecun! 

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati:

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu,
 "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

hah! see.... tak yah keluar duit pun kan...
yang penting ikhlaskan hati dan bila-bila pun boleh buat....
nak lagi senang, tiapkali korang mandi, terus je ambil wudhuk....
tak kira lah waktu solat ke bukan waktu solat...

Sabda Rasullullah SAW: 
"Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

ha! akak tak cakap, tapi nabi yang cakap....
so, sebelum study, sebelum nak keluar mana-mana, sebelum sebelum apa-apa, marilah kita ambil wudhuk dulu ok... 

jadinya, senah, melah dan siti mesti tertarik dengan seseorang ni...
kesan dari pengambilan wudhuk! cewah!
siapa? 
nah!




eh...! jangan pengsan! hak3
senah, melah dan siti jangan lupa cuba produk akak tau!

salam 'alaik! ;)
 

19 Mac 2012

KILLER STATION

Assalamualaikum..

entry kali ni saya rasa nak buat haunted sikit..
tajuk pun dah buatkan para pembaca menggigil ketakutan -.-''

saya nak kongsi tentang killer station yang menjadi kawasan yang bahaya untuk semua pelajar UPM..
kebanyakkan pelajar naik turun bas di station-station tertentu..
(pelajar UPM tak kaya sangat nak ada kenderaan sendiri)
banyak jugaklah stationnya, tapi boleh dikira jugak...
station ni semuanya ada 6... tapi hanya yang terselamat dalam station tu..
kenapa? the story begin...... *ketuk gendang bagi seram sikit

STATION PERTAMA
station ni paling di'aim' oleh pelajar-pelajar jurusan bahasa macam saya... 
biasalah, fakulti yang pertama sekali Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi...
pagi-pagi bila sampai di fakulti ni, keadaan masih ok lagi...
sebab tak ramai pelajar akan bangun pagi-pagi macam saya nak ke kelas...
saya kan rajin *mata ke atas, tangan di dada ;p
bila menginjak ke tengah hari sampai ke petang, station bus ni akan jadi medan perang antara pelajar-pelajar UPM... seperti kata kawan saya, IMAN, 'ini antara hidup dan mati..'
kenapa? sebab time-time seperti itu, pelajar akan mula ramai dan sesak di bus stop untuk tunggu bas kolej menjemput segala bagai pelajar...
time tu korang akan berlari sepantas mungkin untuk sedaya upaya masuk dalam bas...
siapa yang beruntung, mereka jadi juara dalam pertarungan..
bagi yang tidak berjaya, mereka redha dan pasrah awal-awal lagi...saya jenis macam tu :'(

STATION KEDUA
kita teruskan ke station kedua...
dengan muatan yang penuh, pakcik-pakcik dan abang-abang kacak terpaksa bawa pelajar yang ramai dalam bas ke station kedua...
ok, yang ni paling tersepit sekali!
station kedua ni, jarang pelajar nak turun dari bas...
sebab tak ramai pelajar ada kelas kat Fakulti Sains Maklumat...
anda bayangkan jika ada seorang, dua orang, tiga orang yang duduk di kerusi belakang bas..
mereka nak turun dari bas...
masalah-masalah!
nak nak, kalau perempuan pula!
ni part saya paling tak suka...
untuk menempuh keluar,pelajar tersebut perlu 'merempuh' pelajar lain yang berdiri menuju ke puncak pintu bas!
sesak! kena tarik nafas, kecilkan badan supaya dapat lepaskan diri dari jejaka-jejaka comil dan akak-akak cun yang tengah berdiri dan berhimpitan...
phewww..... bagi yang tak bernasib baik, mereka akan 'tersangkut' badan dan saling berselisihan antara satu sama lain...-.-''
bagi pelajar yang tengah tunggu pula kat bawah bas, apabila nak naik bas, biasanya pakcik-pakcik dan abang-abang kacak akan booolayan mereka..
yelah, dah mampat sangat, kang bagi naik jadi sardin pula >.<''

STATION KETIGA
station ketiga tak payah nak cerita panjang!
station ni lagi killer dari station pertama...
bas berhenti di Fakulti Sains...
serius!
station ni lagi beribu pelajarnya! ok tipu je....
rasanya dalam 80 orang dalam satu-satu masa...
haih....ok!saya nak anda bayangkan lagi...
bila bas berhenti, mestilah ada pelajar-pelajar yang nak turun dari bas kan...
masing-masing akan part masing-masing...
apa dia partnya?
of course kuruskan dan kecilkan badan bagi yang nak turun...
bila dah settle, bas akan jadi lengang...
sekali lagi, pelajar-pelajar yang nak masuk dalam bas akan 'bertarung' untuk masuk dalam bas..
saya hanya jadi pemerhati...haha
kadang-kadang tu, sampai dengar jeritan kecil pelajar yang menang 'pertarungan' masuk bas..
mungkin mereka gembira sangat sebab dapat naik bas dengan jayanya...

STATION KEEMPAT
station ni berhadapan dengan perpustakaan..
station ni serupa macam station ke-dua tu..
toksah nak cerita lebih-lebih..
penat jari nak menaip...
*siapa rajin pergi perpustakaan, angkat tangan? sayaaaa!

STATION KELIMA
station ni paling sempoi...
station yang paling ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar pelajar perempuan dan juga sesetengah pelajar lelaki...
walaupun bas berhenti di Fakulti Alam sekitar tapi kami gelar station ni adalah 'FLAT IKAN' haha
sedangkan saya sendiri tak nampak pasar jual ikan, malah orang jual ikan pun tak ada..
tapiiiiiii............... tempat ni adalah syurga makanan dan syurga potostet nota-nota bagi semua pelajar UPM..
ngeh3.. anda boleh beli makanan dan potostet nota dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi!
oh ya, ada juga kedai runcit bagi pelajar yang nak beli 'barang-barang dapur'
jangan terkejut sebab ramai pelajar akan 'barang-barang dapur' mereka naik bas, contohnya seperti sepapan telur! hik hik hik

STATION KEENAM
station ni, pakcik-pakcik dan abang-abang handsome jarang stop sebab jarang pelajar turun naik bas..
so, dorang akan slow-slow bawak bas dan menjerit. 'ada siapa-siapa nak turun taakkk?!'
pelajar malas sikit nak jawab, so dorang akan jawab macam ni 'tak ada pakcik!' dengan volume paling sloooooooowwwww...kih3

kenapa saya buat entry ni?
sebab saya hari-hari jadi pemerhati riak muka pelajar-pelajar yang berebut naik bas...
kelakar! tak tipu ok...hehe
saya lebih suka naik bas seterusnya dari naik bas yang terlalu mampat!haaiiihhh....
biasanya bas seterusnya pelajar-pelajar kurang sebab dorang naik bas yang penuh tadi...
so, ada can saya nak dapat seat dan berangan sebentar kan? ;)

 



 


 

14 Mac 2012

THEY CELEBRATED MY BIRTHDAY.. THANK YOU SAYANG ;)

blueberry cake! may favourite! 
 

thank you so much kepada rumet2 dan kawan saya sebab bagi hadiah..
terharu!


 birthday kami sama tapi kami lahir tahun berbeza, dia adik saya ;)

SWEET SEVENTEEN

assalamualaikum....

ok, hari ni 13/3/2012...
tahu arini hari apa? ye, hari ni hari selasa! bijak! -.-''
hari ni hari kelahiran saya yang ke-22! yeay! (^_^) 
alhamdulillaaahhhhh....
hidup lagi ye saya hari ni..
ok,kita recall balik apa yang saya inginkan dalam dream list saya tahun lepas...
perlu ke? perlulah! hidup perlu ada cita-cita tau, walaupun ia hanya angan-angan yang sukar untuk dicapai huh!!

dream list saya 2011:
-aku nk ade keta sebijik
-aku nk ade 2 2 lesen, muto n keta
-aku nk sambung degree--->insyaAllah lau dpt
-aku nk jd cikgu!hehe
-aku nk berniaga
-aku nk wat kelas tuisyen *tp aku memerlukan cgu yg ley ajar sains
-aku nk beli camera
-aku nk jenjalan 1 malaysia *aku kan kaya hihi
-aku nk shoping puas2 weeeee
-aku nk bg mak ayah aku senang
-aku nk kawen!kah3 *koya pia weeiiii

masa tengah mencari entry ni, adalah saya baca entry-entry dulu-dulu...
bila baca, masyaallaaahh betapa tak matang umur time tu...
menulis ikut hati dan perasaan amarah -.-''
malu! tapi saya suka, sebab semakin hari hasil penulisan saya bertambah baik... ;)

ok, kita teruskan...
ada 11 dream list saya, dan alhamdulillaah ada yang tercapai...
antaranya ialah lesen memandu (motor dan kereta), sambung degree, praktikal jadi cikgu, berniaga, dan shopping di taman syurga puas-puas...

kali ni saya akan kejar dream list yang lain...insyaallaahh..
cuma kali ni, dream list saya yang ingin sangat saya capai ialah tingkatkan amalan saya dan juga dipermudahkan saya untuk menziarah rumah Allah suatu hari nanti walau hanya untuk membuat umrah saja...
bercerita tentang rumah Allah, saya ingin kongsi sesuatu...

sedang saya duduk-duduk menenangkan fikiran, saya tiba-tiba sebak...
dan timbul satu persoalan di benak hati kecil saya...
'ya Allah, bila aku mampu untuk ke sana..?'
dan tidak semena-menanya saya menjadi sebak...
saya rindu untuk ke rumah Allah... dan saya teringin sangat untuk ke sana..;'(

saya hanya mampu untuk berdoa agar Allah dapat kabulkan doa saya...;")

  

9 Mac 2012

DEMAM + ALLERGIC :'(


poor me right, but i'm so grateful to Allah..
He gave me this IMTIHAN, alhamdulillah He still give me chance to live longer, let me breath for another day..
guys, please pray for my healthy ya.. ;')

4 Mac 2012

EPILOG SILAM

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

dengar nasyid petang-petang ni menginsafkan diri...
syukur, ALLAH bagi peluang untuk aku berubah ;')

REST IN PEACE ;')

assalamualaikum...

petang ni terasa jari jemari ingin menari mencoretkan sesuatu di blog....
tapi entry kali ini berkaitan dengan kucing..
kenapa kucing? kucing kan comel...
tak percaya?
nah!



kan? comel sunggul ciptaan Allah ni....
tengok mata kucing tu, alololooooo sweettt sangat kan...

ok, move on....
pagi tadi buka fb, kemudian dapat berita yang sedih sangat..
kucing kawan sahabat dari universiti dulu dah mati (T_T)
sedih sangat bila baca post kawan tu....sebak!
tiba-tiba nak menangis...
kenapa? sebab mereka jaga betul-betul kucing tu..
bagi makan, bagi susu, mandikan semua bagai...

kalau nak tahu, kucing pun haiwan binatang nabi...
tengok, nabi pun sayang kucing kan.... 
kebetulan kucing dorang nama oyen dan warna oren...
sengaja tepek kucing warna oren...
sedih kawan dua orng tu...
jangan risau ye sahabat..
sebab kat syurga nanti, kucing kamu akan jumpa kamu..
dia akan tarik kamu masuk syurga.. Insyaallah....*tears

walaupun saya eh tiba-tiba guna saya, asal tak guna aku? sama je maksudnya kan? tak bela kucing, tapi saya suka kucing...
saya suka cakap dengan kucing...
bila saya cakap dengan kucing, mata kucing tu akan pandang saya..
dia faham apa yang saya cakapkan, walaupun dia tak boleh nak bercakap...
insyaallah, Allah dah tentukan pahala bagi mereka yang berbakti pada kucing...

rest in peace OYEN...;')