19 Mac 2012

KILLER STATION

Assalamualaikum..

entry kali ni saya rasa nak buat haunted sikit..
tajuk pun dah buatkan para pembaca menggigil ketakutan -.-''

saya nak kongsi tentang killer station yang menjadi kawasan yang bahaya untuk semua pelajar UPM..
kebanyakkan pelajar naik turun bas di station-station tertentu..
(pelajar UPM tak kaya sangat nak ada kenderaan sendiri)
banyak jugaklah stationnya, tapi boleh dikira jugak...
station ni semuanya ada 6... tapi hanya yang terselamat dalam station tu..
kenapa? the story begin...... *ketuk gendang bagi seram sikit

STATION PERTAMA
station ni paling di'aim' oleh pelajar-pelajar jurusan bahasa macam saya... 
biasalah, fakulti yang pertama sekali Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi...
pagi-pagi bila sampai di fakulti ni, keadaan masih ok lagi...
sebab tak ramai pelajar akan bangun pagi-pagi macam saya nak ke kelas...
saya kan rajin *mata ke atas, tangan di dada ;p
bila menginjak ke tengah hari sampai ke petang, station bus ni akan jadi medan perang antara pelajar-pelajar UPM... seperti kata kawan saya, IMAN, 'ini antara hidup dan mati..'
kenapa? sebab time-time seperti itu, pelajar akan mula ramai dan sesak di bus stop untuk tunggu bas kolej menjemput segala bagai pelajar...
time tu korang akan berlari sepantas mungkin untuk sedaya upaya masuk dalam bas...
siapa yang beruntung, mereka jadi juara dalam pertarungan..
bagi yang tidak berjaya, mereka redha dan pasrah awal-awal lagi...saya jenis macam tu :'(

STATION KEDUA
kita teruskan ke station kedua...
dengan muatan yang penuh, pakcik-pakcik dan abang-abang kacak terpaksa bawa pelajar yang ramai dalam bas ke station kedua...
ok, yang ni paling tersepit sekali!
station kedua ni, jarang pelajar nak turun dari bas...
sebab tak ramai pelajar ada kelas kat Fakulti Sains Maklumat...
anda bayangkan jika ada seorang, dua orang, tiga orang yang duduk di kerusi belakang bas..
mereka nak turun dari bas...
masalah-masalah!
nak nak, kalau perempuan pula!
ni part saya paling tak suka...
untuk menempuh keluar,pelajar tersebut perlu 'merempuh' pelajar lain yang berdiri menuju ke puncak pintu bas!
sesak! kena tarik nafas, kecilkan badan supaya dapat lepaskan diri dari jejaka-jejaka comil dan akak-akak cun yang tengah berdiri dan berhimpitan...
phewww..... bagi yang tak bernasib baik, mereka akan 'tersangkut' badan dan saling berselisihan antara satu sama lain...-.-''
bagi pelajar yang tengah tunggu pula kat bawah bas, apabila nak naik bas, biasanya pakcik-pakcik dan abang-abang kacak akan booolayan mereka..
yelah, dah mampat sangat, kang bagi naik jadi sardin pula >.<''

STATION KETIGA
station ketiga tak payah nak cerita panjang!
station ni lagi killer dari station pertama...
bas berhenti di Fakulti Sains...
serius!
station ni lagi beribu pelajarnya! ok tipu je....
rasanya dalam 80 orang dalam satu-satu masa...
haih....ok!saya nak anda bayangkan lagi...
bila bas berhenti, mestilah ada pelajar-pelajar yang nak turun dari bas kan...
masing-masing akan part masing-masing...
apa dia partnya?
of course kuruskan dan kecilkan badan bagi yang nak turun...
bila dah settle, bas akan jadi lengang...
sekali lagi, pelajar-pelajar yang nak masuk dalam bas akan 'bertarung' untuk masuk dalam bas..
saya hanya jadi pemerhati...haha
kadang-kadang tu, sampai dengar jeritan kecil pelajar yang menang 'pertarungan' masuk bas..
mungkin mereka gembira sangat sebab dapat naik bas dengan jayanya...

STATION KEEMPAT
station ni berhadapan dengan perpustakaan..
station ni serupa macam station ke-dua tu..
toksah nak cerita lebih-lebih..
penat jari nak menaip...
*siapa rajin pergi perpustakaan, angkat tangan? sayaaaa!

STATION KELIMA
station ni paling sempoi...
station yang paling ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar pelajar perempuan dan juga sesetengah pelajar lelaki...
walaupun bas berhenti di Fakulti Alam sekitar tapi kami gelar station ni adalah 'FLAT IKAN' haha
sedangkan saya sendiri tak nampak pasar jual ikan, malah orang jual ikan pun tak ada..
tapiiiiiii............... tempat ni adalah syurga makanan dan syurga potostet nota-nota bagi semua pelajar UPM..
ngeh3.. anda boleh beli makanan dan potostet nota dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi!
oh ya, ada juga kedai runcit bagi pelajar yang nak beli 'barang-barang dapur'
jangan terkejut sebab ramai pelajar akan 'barang-barang dapur' mereka naik bas, contohnya seperti sepapan telur! hik hik hik

STATION KEENAM
station ni, pakcik-pakcik dan abang-abang handsome jarang stop sebab jarang pelajar turun naik bas..
so, dorang akan slow-slow bawak bas dan menjerit. 'ada siapa-siapa nak turun taakkk?!'
pelajar malas sikit nak jawab, so dorang akan jawab macam ni 'tak ada pakcik!' dengan volume paling sloooooooowwwww...kih3

kenapa saya buat entry ni?
sebab saya hari-hari jadi pemerhati riak muka pelajar-pelajar yang berebut naik bas...
kelakar! tak tipu ok...hehe
saya lebih suka naik bas seterusnya dari naik bas yang terlalu mampat!haaiiihhh....
biasanya bas seterusnya pelajar-pelajar kurang sebab dorang naik bas yang penuh tadi...
so, ada can saya nak dapat seat dan berangan sebentar kan? ;)

 



 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan