firstly, credit to my friend sharing these beautiful words.. *maybe as istoqamah of our new chapter (2013)
Read and try to understand the deeper meaning of them...
1. Prayer is not a "spare wheel" that you pull out when in trouble, but it is a "steering
wheel" that directs the right path throughout life.
2. Why is a car's windshield so large & the rear view mirror so small? Because our PAST is
not as important as our FUTURE. So, look ahead and move on.
3. Family is like a BOOK. It takes a few seconds to burn, but it takes years to write.
4. All things in life are temporary. If they are going well, enjoy them, they will not last
forever. If they are going wrong, don't worry, they can't last long either.
5. Our parents are gold! You are silver and your children are diamond! If you get a
diamond, don't forget the gold! To hold a diamond, you always need a base of gold!
6. Often when we lose hope and think this is the end, Allah swt smiles from above and
says, "Relax, sweetheart; it's just a bend, not the end!"
7. When Allah swt solves your problems, you have faith in HIS abilities; when Allah swt
doesn't solve your problems, He has faith in YOUR abilities.
8. A blind person asked Allah: "Can there be anything worse than losing eye sight?" He
replied: "Yes, losing your hope and vision!"
9. When you pray for others, Allah swt listens to you and blesses them, and sometimes,
when you are blessed safe and happy, remember that someone has prayed for you.
10. Worrying does not take away tomorrow's troubles; it takes away today's.
MAY ALLAH BLESS US.. (^_^)
31 Disember 2012
27 Disember 2012
E.N.D
sedang menstudykan diri, sebenarnya hati tak tenteram...
kepala asyik ingat perkara yang lepas..
perlahan-lahan tukarkan mood tak tenteram tu ke tune lagu kat HOTfm...
layaaaannn....*sambil goyang-goyang kepala..
hati dah normal.........tapi kuat mengatakan akan ada mesej masuk..
ya! betul.....
dan saya akhiri mesej itu, 'sampai sini saja, assalamualaikum wak..'
rasanya sudah memadai untuk mengakhiri sesuatu komunikasi tanpa menginginkan apa-apa harapan..
jodoh itu saya serahkan pada Dia...
tapi kena juga usaha...
bagaimana? perlahan-lahan perbaiki diri..
saya manusia, banyak salah..... sedang cuba memperelokkan diri...
sedih sedih sedih......tapi dengan adanya DIA di sisi, insyaALLAH, saya tak kan rasa keseorangan...
andai 'kalau' itu wujud...
tolong berikan saya pemadam yang mampu untuk memadam memori-memori yang saya tak ingini...
p/s: sedang mengatasi perasaan sedih ini... luka kembali bertandang dan saya benci diri saya! T_T
6 Disember 2012
KITA BELAJAR
(berhabuk dah blog ni).....
bismillaaaahhh...
assalamualaikum..! *nak halau syaiton ni..
nak bagi alasan apa ni?
ok, assignment banyak, plus sibuk uruskan minor bagai, baju banyak tak basuh, buku tak bersusun...
itu adalah antara sebab-sebab tak dapat nak menconteng blog yang entah wujud ke tak ni... -.-'' kesian betol!
sekarang ni lega sikit.. SIKIT je... haha
pernah rasa sakit hati bila kerja dalam kumpulan, tapi ahli tak buat kerja? ya! anda seperti saya! hehe
hurm eh krok gulp!
kadang-kadang tu lah cabaran kerja dalam kumpulan yang ada ahli ramai! fuuuuuhhhhh...
ponat eden nak kabo ni haaa!
kalau dalam ahli kumpulan saya ada lelaki, senang saja nak uruskan, arah itu, ini tak pun suruh dia buat kerja depan saya..... kalau dia bising, mulut saya pun bising juga! heee
kalau perempuan tu, membebel tak pernah tak lekat!
tapi macam mana kalau ahli perempuan yang ramai dalam kumpulan saya pula?
yee.. ini amat membingungkan kalau nak selesaikan..
masalah..masalah *geleng-geleng kepala...
bekerja dengan lelaki berbeza dengan bekerja dengan perempuan...
lelaki ni, kalau kita marah, dia punya reaksi tu, tak buat muka... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. kadang-kadang perempuan membebel sampai sakitkan hati dia, dia diamkan je...haha
kalaulah boleh tengok hati dia, agaknya dia boleh sakit berdarah hatinya...hue hue hue
tapi bekerja dengan perempuan ni, bermain dengan emosi atau bermain dengan api....
kenapa saya kata macam tu?
pernah nampak kan macam mana kalau perempuan sakit hati, then gaduh tarik-tarik tudung, rambut bagai? huuiiiiiihhhh macam nak ribut!
tu belum mulut dia menyumpah, menyeranah lagi! haha
penangan tak puas hati tu, boleh buat putus hubungan sampai nak grad! ish ish ish
saya pun pernah juga tak puas hati bila dalam keadaan seperti ini...
kita nak tegur tapi macam tak sampai hati.. bak kata kawan saya tak tergamak nak suruh itu ini..hak hak hak
kita lebih rela makan hati dari suruh dorang buat kerja... cis cis cissss -.-''
marah seseorang itu ada tahapnya...
benda yang sama, diulang-ulang, nak tiap-tiap kali cakap, kita pun jadi malas, meluat dan seangkatan dengannya..
jadinya, akhir sekali, saya buat muka je lah..... macam hantu rupanyaaa... (@_@)
jika anda tak buat kerja, atau anda tak sempat nak buat kerja itu, dengan bantuan kawan-kawan, bahagian anda telah disiapkan tanpa cacat celanya, tapi anda tak tahu macam mana nak cover kesalahan anda itu, marilah saya ajarkan anda ye ngeh ngeh ngeh
* sila ucap atau mesej atau tinggalkan pesanan macam ni:
'korang, aku minta maaf sebab tak buat kerja kita. salah aku sebab tak buat, tapi terima kasih ye sebab tolong aku.....'
* sila volunteerkan diri anda untuk buat kerja yang selebihnya:
'korang, ada apa-apa tak yang aku kena tolong.... aku dah la tak buat kerja, takpalah, aku tolong printkan kerja ni nanti..'
haaaaa..... nescaya muka kawan anda yang ketat tu, terus menerus jadi macam muka itik yang senyum sampai ke telinga...hehehe
apa-apa pun murahkan mulut anda dengan kata maaf dan terima kasih...
tanpa anda sedari, hati yang keras pun boleh lembut tau........ :D
terima kasih sudi membaca, maafkan saya andai anda terluka huhu
peace yyooooo! assalamualaikum (^^)
4 Disember 2012
MANUSIA
kadang-kadang manusia itu sukar diramal...
jauh beza dari hari ke sehari...
adakala menyenangkan hati..
2 November 2012
KERANA AWAK SAHABAT SAYA
salam...
aagggghhhh! rasanya dah lama tidak berceloteh di sini...
sibuk sangat! sangat sibuk!
sana sini sana sini....
apa cerita raya haji?
hurmmm ada yang mendukacitakan..
ayah tak sihat tapi ada hikmah disebaliknya....
alhamdulilllaaaahh...sekarang ayah beransur sihat! yeay!
entri lepas, ada cerita tentang perasaan...
ambil masa jugak nak pulih.... tapi masing-masing dah ok sekarang! (^_^)
lepas tu kiteorang ramai-ramai jadi rapat balik!
everything happens for many reasonssss! yes! i second that!
ada tuna, aishah, me, salie, dan pudin...and also kawan-kawan lain...
semakin ceria hidup kita ni haaa...
dan dan dan minggu ni adalah minggu stress, di mana pelajar kena submit assignment yang macam hape je saya buat *macam nak nangis je uhuk uhuk uhuk
dan perasaan tu banyak terganggu..
macam biasa, terasa dengan Pudin lagi...
semua salah dia....dan dia call mintak maaf...
*then, i felt guilty, why i am so angry towards him? *nonsense!haha
i do toooooo stress today because assignment yang macam laghaaaa hasilnya! -.-''
me : siapalah saya pada awak kalau saya bengang?
P : jangan cakap macam tu...
me : kenapa?
P : sebab awak sahabat saya...
he explained me: SAHABAT DENGAN KAWAN TU LAIN.
then, we argue again about kawan and sahabat.
call end! tet tet tet hahaha
terus laju tanya rumet tersayang..
me : ayu, kawan dengan sahabat tu lain eh?
ayu : ha'ah! *dengan nada excited! sahabat tu, kita boleh kongsi macam-macam, sebab dia jadi orang kepercayaan kita...
me : *terbeliak! heeeee
so, i did realized that, i should more use SAHABAT to all my best friends, rather than KAWAN..
bukan nak cerita semua perihal kita pada orang, cuma mungkin boleh jadi ukhuwah yang baik antara sahabat jauh..huhuhu
saya cuma terkesima..ceh! sahabat perempuan saya ramai, tapi jarang sahabat lelaki akan cakap macam tu...
*sila abaikan ayat di atas, macam bangga, riak dan takabbur je... >.<''
mata dah mengantuk... bye.. assalamualaikum cinta hehehe
15 Oktober 2012
SANGGAR 12
salam :')
saat ini hati sangat pilu dan sedih..
Allah.. sedih sangat... :'(
malam semalam sangat sangat sangat menderitakan hati, mata dan telinga..
kenapa?
hati terluka..
mata menyaksikan...
telinga mendengar satu persatu ungkapan kebenaran...
kemarin, saya keluar dengan si dia..
hajat nak beli barang untuk subjek mgm kami...
saya sebagai bendahari, dia sebagai pengerusi...
yang lain sibuk memasak untuk jualan.. mana barang dah habis saya dan pengerusi pergi beli...
pada mulanya, hati saya menolak tetapi melihat kesungguhan kawan-kawan memasak untuk jualan kami, tepikan hati dan perasaan, terus keluar dengan dia...
beli barang, barang dan barang....
kemudian balik...?
eh! tidak... saya sangka lepas kami beli barang, kami balik kolej..
silap! dia ajak makan malam.. mungkin dengan mereka dia belum makan, saya pun rasa kesian...
ya.. saya teman dia makan... makan.. sembang.. makan.. sembang.. makan.. sembang...
'alahai hati, aku mulai tertarik pada dia.. jangan biarkan aku jatuh hati pada dia...' :'(
lama kami duduk bersembang, sempat jugak tengok carekarama sabtu...
dari cerita pasal aconsave sampailah kisah percintaan dengan kekasih hati dia...
saya mendengar, tapi hati? saya biarkan hati terguris...
rasa menyesal pula keluar beli barang dengan dia... *lagu beribu sesalan
saya ringkaskan...
kawan call saya, kesian mereka..
tunggu kami lama sangat, sampai kelaparan... aduh, maaf kawan-kawan...
jangan salahkan saya! salahkan pudin! eh? termention haha *trying to be happy
dalam perjalanan dia hantar saya pulang ke kolej, dia ada menyatakan sesuatu..
" kalau saya belum kapel, entah dengan siapa saya kapel.... "
mungkin sekali dia cakap macam tu, saya tak faham...
kemudian, saya ulang...
"dengan siapa?"
dia tahu jawapannya, yang mana saya pun tahu jawapannya..
jawapan kami sama... sama sama...*ok! menangis!
kemudian... masing-masing senyap...
saya cekalkan hati...
mungkin itu kali terakhir kami keluar bersama...
itu jadi kenangan terindah saya.....
apa yang terindah?
- kami sempat bergaduh nak beli barang, dia tak tahu rupa daun salad -.-'' nak gelak kuat-kuat kat pasaraya BIG tu.. nanti orang kata tak sopan pula.. so, saya cover! haha
- next kedai pun bergaduh, sebab nak beli aiskrim perisa apa je? macam budak-budak... saya biarkan dia pilih, tapi dia degil, pusing kedai cari saya semata-mata, nak aiskrim apa?
- dia suruh ambil aiskrim yang dia beli, ada dua perisa, satu vanila, satu coklat.. mula-mula saya ambil vanila, then saya tukar... rupanya dia tak perasan, dia beli tak sama perisa.. ;p
semalam kami ada perbincangan tergempar dalam kumpulan...
saya dan kawan-kawan paksa dia datang kolej kami.. luar kolej, tapi still dalam perkarangan kolej..
biasalah.. dalam kumpulan mesti ada perbalahan sedikit...
berjaya diselesaikan... :D
so, tinggallah kami.. saya, dia dan 2 orang kawan saya...
amat sukar saya luahkan.. dan dia seperti faham apa yang saya nak sampaikan...
dari hati ke hati kamu luahkan perasaan...
disaksikan 2 orang kawan saya...
satu per satu butir dia ungkap saya akan ingat sampai bila-bila...
dan tiba saat dia ungkap..
"sebenarnya, masa keluar (semester lepas teman beli kain) dulu, ada juga perasaan suka tu, tapi cuba kawal.." .....
Allah... saya? saya hampir menangis... mungkin dia perasan mata saya berkaca...
dalam hati saya, saya berzikir, mohon ALLAH kuatkan hati saya dengan apa yang diperkata dia...
sebelum tu, saya dah redha dengan apa yang berlaku...
selama ni kami saling berjumpa, atas sebab kawan, kerja bersama.....
perasaan suka itu hilang sudah, selepas saya ulang dari kampung... 2 minggu lepas...
then, ia kembali bila kami perlu berjumpa dan berhubungan atas sebab kerja..
kawan saya pesan..
" sebenarnya aku perasan, dia memang suka kat kau.. tapi dia terikat dengan girlfriend dia.."
ya, betul, tengok dari gaya dia, seorang yang setia...
mungkin dia dan saya patut sama-sama hilangkan perasaan ini...*bergenang air mata (T_T)
nasib baiknya, saya dan dia tak declare apa-apa...
saya pula bertuah punya kawan-kawan yang supportive... terima kasih kawan-kawan *hugs
balik ke bilik, saya terus tinggalkan dia, rasanya tak sanggup berhadapan lagi dengan dia...
biarlah.... dia tahu saya dalam kesedihan...
hari ini, kami bertembung..
perantaranya, tuna dan aishah..
saya? mana mampu saya jelaskan, saya jelaskan pada dia..
tak mampu nak gembira macam dulu...
kami sedaya upaya pulihkan hati masing-masing.. :'(
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SEBAB KALIAN SAMA-SAMA BANTU UNTUK MENGGEMBIRAKAN SAYA >.<''
-kisah cinta tak kesampaian-
-maaf, saya mungkin menjengkelkan anda-
11 Oktober 2012
BEWARE!!
salam :')
things happen for many reasons..
include the feeling when you like someone...
and that someone treat you like someone so SPECIAL...
so, how to do?
yeah... tu lah... kita kadang-kadang suka seseorang disebabkan penampilannya yang kemas, wajahnya yang manis, kata-katanya yang indah... *ok, tergoda ke terpengaruh ni? -.-''
tapi perasaan suka ni bukan bermakna kita jatuh hati dengan dia *in case someone special tu berlainan gender la i means...
selalu sangat rasa berdosa sebab terleka tengok orang-orang yang memberi tarikan kat kita untuk tengok dia lama-lama * macam laghooo bahasa arabnya
lagi-lagi kalau dia pandai bercakap.. sweet talking gitu.... ha acane tu? acaaanneeeee?
lagi-lagi badan dia tough macam aaron aziz atau awang sariyan... *apa motif? -.-''
lagi-lagi bila dia tolak trolli kereta time kita shopping...
lagi-lagi bila dia belek-belek hot chocolate kita yang harganya rm 14.50..
lagi-lagi bila dia belikan kita cool blog.. *biar kita nampak cool depan dia...
dan kita kata DIA SWEET sangat?
kadang-kadang untuk menafikan hal-hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan, kita terpaksa berjauhan dengan kita..
elak untuk berdepan dengan dia agar kita tak selalu bertemu dia...
kejap-kejap gaduh.. ada je topic yang boleh buat carik pasal..
padahal takda declare apa-apa pun...
perempuan sifatnya mudah sangat rasa SWEET...
so sweet la, so sweet lah..
ingat gula-gula ke?>.<''
until last of the day, you just know that he already has a girl friend!
*pengsan!
mula makan hati, makan jantung hati, makan ulam hati.... ceh!
salah sendiri...
siapa suruh syiok kat dia?
lelaki pun satu, layan perempuan so sweet sangat...
memanglah jadi tertarik perempuan itu...
sedih sangat...
kenapa perlu layan manis-manis...?
kenapa perlu tengok barang-barang yang kita beli?...
kenapa perlu senyum meleret-leret sampai memikat hati kita?
kenapa pakai baju-baju yang fit?.... *perut cover k
last last yang perempuan baring atas katil, nangis sedu-sedu...
sebab? sebab membiarkan hati dia terluka :'(
salah sendiri tapi salahkan orang! cisss cisss ciisss...
ok bye!
9 Oktober 2012
YOU ARE SO SWEET MY DEAR ALLAH
rasanya dah lama tak bercoretan di sini...
rindu sangat sampaikan nak buat entry pun terlupa macam mana...
asaalamualaikum.. ;)
perasaan sangat sedih seminggu dua ni...
entahlah.. tak tahu kenapa?...
Allah bagi perasaan macam ni je pada perempuan... so sweet we are! thats why perempuan so lucky!
sebab Allah tak nak perempuan ni asyik rasa marah, suka je manjang...
sedih ini mungkin Allah nak sampaikan, itu adalah HIDAYAH kita...
subhanallah.. Dia tak pernah lupa utuskan kasih dan rinduNYA pada kita...
cuma kita selalu lupa untuk merindui DIA.. kekasih abadi.. masyaALLAH..
tadi tengok ADAM dan HAWA *atas desakan dan pengaruh rumet! >.<
sayu sangat...
ada satu scene dorang buat dekat MEKAH...
you know how its feel?
setitis air mata sudah cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan ALLAH untuk hadirkan perasaan insaf dalam diri kita..
itulah yang dinamakna JAUH DI MATA DEKAT DI HATI... Allahurabbi..
kadang-kadang kita terlalu merindui seseorang itu sehingga kita lupa yang sepatutnya kita rindu itu adalah DIA..
tak salah merindui seseorang itu, cuma salahnya merindui si dia melebihi rindu SANG PENCIPTA..
saya pun tak lari dari perasaan rindu manusia...
pernah dengar, kalau rindu sampaikan lah melalui doa.. doa itu mustajab..pengataranya ialah ALLAH..
sepantas kilat je DIA terus sampaikan rindu kita pada orang yang kita rindu tu kan...
subhanallah.. so sweet ALLAH pada kita kan? see see... ;')
so, macam mana kita nak balas segala nikmat ALLAH?
tak susah... jalan-jalan, berzikirlah...
nampak al-quran depan mata, ucap alhamdulillah..
buka al-quran, baca satu dua ayat dah dapat banyak pahala..
kenapa? kenapa?
sebaba 1 huruf itu dikira 1 amalan kita... Allahuakbar, Allahuakbar... see! seetnya ALLAH pada kita..
suka tak?
kalau rasa iman tergugat, cepat-cepat ingat ALLAH.. sunat tau.. ;)
oppss.. tak sempat nak sambung.. ada kelas malam.. kena siap untuk maghrib...
pasang niat sama-sama jom?
semoga kita dipermudahkan untuk jejak kaki ke MEKAH... rumah ALLAH..
23 September 2012
AKU YANG BERDOSA
Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu
tiap kali dengar lagu ni, hati sangat sayu...
banyak dosa kan..nama pun manusia, khilafnya banyak..
sedih...bila nak berubah?
p/s: entri raya kalau rajin saya update...*gila malas! err ke malas gila?
19 Jun 2012
INIKAH DINAMAKAN CINTA? :D
assalamualaikum seemuuuaaaaa....
wah, tajuk entry kali ni merentap jiwa mak jemah!
kawan-kawan mak jemah pun terasa nak muntah hijau membaca tajuk ini..
sejak dua menjak tiga menjak ni, mak jemah rasa hati mak jemah ni berbunga-bunga..
adakah ini cinta atau mak jemah ada gangguan hati sampaikan tumbuhnya bunga kat hati ni?
salah ke mak jemah rasa macam mak jemah jatuh cinta?
jawapannya tak salah..
dah Allah kurniakan perasaan tu dalam hidup manusia sejak kita dilahirkan lagi kan?
cuma kena pandai-pandai cover lah kan...
asyik-asyik bercinta je...
sampaikan yang lain tu lupa..
apa yang dilupakan? mak? ayah? adik-adik?
jangan lupakan yang kekasih kat ATAS tu haa...
nanti hilang pedoman baru tahu...
dah lama mak jemah tak rasa jatuh cinta...
hoi hoi... sakit tau perasaan putus cinta tu...
siapa nak tanggung? ya! tanggung sendiri...
mak jemah ada jumpa kawan mak jemah..
kawan lelaki lah...
nak kata special tu tak kot, tapi mak jemah rasa shy-shy cat bila jumpa dia.. aahhhh! annoyingkan mak jemah!
kawan mak jemah tu ajak mak jemah date! cewwaahh...
date makan-makan je lah...
biasa-biasa, dekat kafe serumpun..
tak romantik kan?
haha mak jemah ok je, cuma mak jemah tak sangka lah dia nak ajak mak jemah date!
sebenarnya, mak jemah dengan kawan mak jemah tu tak berapa rapat sangat...
semester 1, kami ni macam kucing dengan ayam...
kau tengok aku, aku tengok kau...
semester 2 ni baru lah rapat-rapat sikit, sebab keje meniru test sesama sendiri kat dalam kelas!
pulak tu, mak jemah teman dia shopping, dia pinjam note mak jemah, haaa!
dari situ rapatnya kami!
mak jemah bertambah berbunga-bunga bila dia ajak makan sesama!
sungguh lah kawan mak jemah ni straight orangnya..
takda malu-malu!
adakah ini cinta? hahahaktuuiii!
ditambah-tambah lagi sejak akhir awal ni, ramai pula kawan-kawan sekolah mak jemah buat status tunangan orang, isteri orang, suami orang, tak lupa juga mak dan ayah orang...
wah, kalian advance, mak jemah entah bila lagi...
kena tunggu pak jemah dulu!
mak jemah nampaknya melalut, so sampai sini saja cerita mak jemah dengan cintanya!
12 Jun 2012
TRUE LOVE? YES! IT IS!
i just take a break after finishing my 1st paper final exam...
read a blog, then i knew what is true love mean!
how strong her husband be, love his wife tightly! care his wife without any complaints..
if i be her husband, i know, i would not be so strong as him, so brave as him, and so lovely as him!
if you are in his shoes, what will you do?
kindly, read this beautiful love story.. :'(
p/s : find someone who will always be your side till your last breath..
9 Jun 2012
JUST FOR FUN
p/s: ada unsur kelucahan sedikit.. just for fun! >.<''
there is a conversation between a son and his dad (imagine that son is still inside her mom tummy, belum keluar lagi, konon-konon baby tu bercakap dengan ayah dia haha ) ...
" dad! mom said this to me.. she loves you more than she loves me.. and i'm so jealous!..."
mom come to the conversation and she said :
" you dad is my first love but you are my precious thing ever, son"
while dad said this:
" if you need friends, just call me! dad will do that with mom!.."
mom face-------> (*_*) im pregnant right now! -.-''
hehe just for fun! ;D
5 Jun 2012
DOA UNTUK KEPERLUAN
Saat hati berkata " INGIN ",
namun ALLAH berkata " TUNGGU "...
Saat AIR MATA harus " MENITIS ",
namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH "......
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ",
namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH "...
4 Jun 2012
HE IS MY FIRST LOVE
assalam..
sekarang UPM sedang study week...
aarrggghhh! belum puas dan bersedia lagi untuk peperiksaan akhir! >.<''
perasaan sangat cuak, dan sedih...
sangat sedih!!
sejak akhir-akhir ni, saya sangat sedih..
menangisi diri sendiri, menangisi kisah percintaan saya yang dah berlalu, pastikah dah berlalu?
dan tanpa semena-mena saya sangat rindu akan terengganu!
terangganu, bila mana kaki saya menjejakkan kaki kedua kalinya ke sana , sebagai seorang perantau!
* pertama kali saya jejak terengganu, hantar pakcik saya kawin dengan orang situ ;)
pertama kali saya berdiri dengan kaki sendiri di negeri orang, seawal umur saya 18 tahun..
pertama kali juga hati dan perasaan saya diduga Yang Maha Esa berjauhan dengan insan-insan yang saya sayangi...
di terengganu, macam-macam sudah saya lalui..
kepayahan, kesusahan.. ahh sama je tu! -.-''
tapi apa yang buat saya rasa terengganu itu sangat hebat? indah? dan teristimewa?
terengganu telah menyaksikan beberapa kali kejatuhan saya, beberapa kali kebangkitan saya dan beberapa kali serta tiap masa saya bersyukur di'campak'kan belajar di situ..
hati saya sangat tabah tak terucap apabila saya di terengganu!
ahhh pengalaman di sana sangat sukar untuk dinilai dengan wang ringgit, mahupun permata berlian kalian!
pulau-pulau di sana sangat indah, sukar diungkap dengan kata-kata...
dialek yang berbeza dengan dialek di johor!
saya suka belajar dialek terengganu...
bila belajar di sana, saya tak sabar untuk keluar dari terengganu..
tetapi bila sudah belajar di UPM, rasa sangat rindu pada dia iaitu terengganu saya.. T_T
beberapa hari ini, mudah sangat airmata saya mengalir..
apakah semua ini? ya, kisah lampau saya menghantui saya kembali!
ahh kau! pergi dari hidupku!
kalaulah saya mampu untuk berkata-kata seperti itu..-.-''
jiwa saya meronta untuk pulang ke terengganu..
bibir saya acap kali ungkap perkataan terengganu itu..
*dan air mata saya sekali lagi mengalir! ahhhh nangis saja...lepaskan perasaan sedih itu, usah ditahan-tahan!
p/s: till we meet again my dearest first sight! ;D
31 Mei 2012
ROTI! ROTI!
assalamualaikum..
dah lama kita tak bersua.. ye tak?
rindu tak? rindu tak? haaa mestilah tak kan! -.-''
aiyoo, yelah-yelah.. orang tak penting kan... :'(
ketepikan semua itu! bukannya penting pun orang rindu ke tak, bila rindu doakan, bila tak rindu err buat tak tahu haha
hari ini saya bebas dari segala-galanya... *nada macam ayat johan
ye, dari belenggu kerja yang melambak, dari belenggu scandal-scandal eh? silap pula...
makanya, setiap hari saya makan roti telur dan roti pisang di ali baba corner!
sedap! yang buat roti tu bukan mamak, padahal pak arab....
besar, cukup tebarnya....kuah pula pelbagai...
secara tidak sengaja saya telah buat si penebar 'jatuh hati' pada saya...
untung saya sebab dapat roti pisang freeeee~~ *sila jeles tehehe
tu dia, saya punya roti masuk polisteren, kawan-kawan lain pakai paper! isshh kesian kawan saya huhuhu
tapi sayang, pisang kelat! T_T
4 Mei 2012
KITA KAWAN SAMPAI BILA-BILA
assalamualaikum semua..
ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA MENGASIHI...
syukur saya dianugerahkan teman-teman yang pengasih, penyayang dan pemurah..
Allah! tak tertanggung rasanya sayang pada kalian..
pagi tadi saya ada exam arab...
alhamdulillah dapat jawab, terima kasih pada fatin sebab bagi jawapan hehe
maaf ustaz, terpaksa meniru...kawan-kawan jangan bagitahu ustaz ok! >.<''
usai jawab paper arab, saya tunggu kawan saya, YANI...
dia tak dapat jawab sepenuhnya, dia duduk jauh dari saya, kalau tak saya boleh tolong dia (T_T)
kesian dia....
akhirnya, dia bagi jugak paper arab pada ustaz, dia tak yakin tapi saya pujuk dia, takpa, kita fokus pada final exam...
kami duduk dekat bus stop fakulti bahasa...
lepas tu, dia cakap macam ni...
'kita kawan sampai bila-bila tau pia. saya suka kawan dengan awak!'
'kita kawan sampai bila-bila tau pia. saya suka kawan dengan awak!'
saya sebak!
ya, sebak..saat itu saya menahan air mata saya dari mengalir! :'(
saya senyum....
kalaulah yani tahu..
saya bukan sorang teman yang baik..
saya bukan seorang teman yang sentiasa ada untuknya...
saya bukan seorang yang mampu untuk menjadi idol pada dia...
saya bukan seorang teman yang solehah buat dia...
saya tak layak jadi kawan awak yani....
tapi awak sudi jadi kawan saya...saya terharu!
saya kenal yani tak lama...
dia senior saya tapi kami sebaya ;)..
dari semester 1 saya jejak UPM dan satu kelas arab dengan dia...
dia bukan budak bahasa, tapi dia budak sains...
dalam seminggu, kami jumpa 2 kali je dalam kelas...
kadang-kadang kami chating dekat fb...
jarang jumpa, macam-macam borak....
sekarang, hampir 1 tahun kawan dengan yani...
terima kasih yani, kerana sudi jadi sebahagian dari hidup cerita saya...
maaf yani, saya curi gambar awak hehe
30 April 2012
SAHABAT, SODIQAH, FRIENDS
assalamualaikum...
wah..lama sungguh saya tak update diari cinta hati ni...
seminggu selepas cuti mid term, saya sibuk dengan asigments yang buat saya tak duduk tenang...
ada saja yang perlu diselesaikan...
saya rindu kawan-kawan saya...
tu yang kat segamat, kelantan, melaka, senang cerita 1 malaysia lah...
bukan kat malaysia je, yang kat ireland tu, silalah balik malaysia, tanah airmu hik3
bila berbicara tentang kawan-kawan ni, ada saja perilaku nakal mereka yang pasti menggamit perasaan saya...
haha terkekek-kekek bila terkenangkan kalian...
bukan bermakna saya tak upload gambar-gambar lain, saya lupakan mereka...
tak.. malah saya ingat kawan-kawan saya ;)
much of misses come from my heart....
maaf kepada kawan-kawan yang saya tak sempat hadiri majlis perkahwinan kalian..
komitmen saya sebagai pelajar membataskan saya untuk menghadiri majlis kalian..
rasa sebak sebab saya tak mampu ada sama di majlis bahagia kamu...
ya, saya rindu kamu, kamu, kamu yang pernah hadir dan pergi dalam hidup saya ;')
ahhh jiwang pula pagi-pagi ni...
nak sambung tido sejam...
bye ;D
2 April 2012
SI BAJU KURUNG
' pia pergi kelas memang pakai baju kurung ke? '
' yup, senang nak bergerak, lagipun dah biasa..'
' tapi pakai seluar lagi cepat jalan..'
'........err..... dah biasa....'
saya dah biasa dengan situasi macam tu...
dan saya tak terkejut pun bila orang bertanya berulang-ulang kali...
emm kenapa ye mereka suka sangat ajukan soalan mcam tu pada saya? heeee
saya pun tak tahu...
saya dibesarkan selama ni dengan pakaian baju kurung...
yelah, dari umur saya 7 tahun sampai lah dah tua bangka ni.. uhuk3...
sebilangan orang mungkin tak selesa dengan pemakaian baju kurung ke kelas..
tapi bagi saya, saya suka baju kurung sangat-sangat..
bukan nak dikatakan saya alim, tapi saya rasa saya amat selesa dengan berbaju kurung...
jarang sekali saya berseluar ke kelas melainkan kelas saya tu hanya sejam, sehari pula.. -.-''
tambahan pula, di mana saya perlu keluar dari situasi kelas...
seperti balik kampung ataupun keluar makan bersama kawan-kawan...
keadaan seperti itu memerlukan saya berseluar sebab saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan...
jangan pernah mengatakan, apabila kamu berbaju kurung, ia amat melecehkan, melambatkan pergerakan kamu ke sana ke mari...
bagi saya, kaki yang bergerak..
so, cepat lambat kamu adalah dengan ketangkasan kaki kamu bergerak, betul tak?
dan perempuan berbaju kurung itu ayu tau..hik3 *puji diri sendiri -.-''
ni zaman saya diploma *muka masih kanak-kanak lagi ;)
ni zaman saya sedang ber'ijazah' haha bahasa apa ntah saya guna
*saja upload gambar sendiri, yang tengok blog pun bukan orang lain, tuannya juga kan hew3 ;)
SOLAT
assalamualaikum anak-anak ustazah..
sihat semua? ececeehh.. hari ni saya nak jadi ustazah..
dulu mak saya suruh saya jadi ustazah...
siap nak hantar saya pergi belajar kat Mesir...
oh mak oooiiii.... banyak duit ye..heee
dah baca tajuk entry ustazah?
hari ini kita berbicara tentang solat...
tapi bukan solat fardhu yang ustazah nak perjelaskan hari ni...
kita akan kupas tentang solat-solat sunat....*dah macam rupa tengah bercakap live pula..
mesti kawan ustazah AISHAHTUL suka sangat kan? *terimakasih aishah sudi baca blog kita! >.<''
solat sunat, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat pun tak apa..
tapi bagi ustazah, kalau tak buat rugi! huuuuu
ok, kita mulakan dengan solat sunat dhuha...
solat sunat dhuha ni bagi ustazah pembuka rezeki pagi kita...
ustazah faham, adik-adik ada kelas pagi...
tak pa... tapi bagi adik-adik yang ada kelas lewat pagi jam 9 10 11 ke atas bagi ustazah, tak ada masalah kan nak buat solat sunat dhuha ni?
eh, tak susah pun, siap pakai baju tu terus sarung pakai telekung, tu bagi perempuan, bagi lelaki pakai songkok je, tak pakai pun tak apa..
see! see! senang tak? solat sunat dhuha ni pun tak lama sangat, 5 minit je, 2 rakaat...
sekejap kan... ingat adik-adik, 5 minit bersamaan pahala Allah, tak rugi kan nak buat kan? ;)
apa? tak sempat? tak apa, buat mana yang sempat...
ok, kita teruskan pula dengan solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu..
ramai kawan-kawan ustazah ada kelas jam 2 petang..
ustazah pun sama...
tapi tak kan dalam 5 solat fardhu, tak ada pun yang sangkut untuk solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu? *haih...ayat berulang-ulang -.-''
mesti ada kan? kalau tak buat sebelum solat fardhu, boleh je buat selepas solat fardhu...
tak sempat buat time zohor, buat time asar, kalau tak sempat buat time asar, buat time maghrib, kalau tak buat time maghrib buat time isyak...kalau tak sempat juga, errr ustazah pun tak tahu nak kata apa hehe
konsepnya sama, 2 rakaat juga...
tapi pahala Allah adalah nikmat dan kurniaan yang melimpah-limpah bagi hambaNya yang bertaqwa..
kenapa kita perlu bersolat?
ini tips ustazah....
kita buat solat fadhu, dalam solat fardhu ada doa, bermacam-macam doa..betul tak?
kita buat lagi dan tambahkan lagi solat kita dengan solat sunat? haaa macam pula tu?
makanya, kita berdoa lagi pada Allah..
berdoa banyak-banyak kali, sebab Allah suka pada hambaNya yang meminta pertolongan pada Dia... ;)
jangan lepaskan peluang yang Allah berikan pada kita..
lagi satu, ustazah percaya, bila kita buat solat-solat sunat, hidup kita dipermudahkan...heee
dalam erti kata yang lain, kita pun boleh menegur secara halus kepada orang-orang yang jenis susah nak solat ni....maaf, ustazah tak berniat nak tegur secara kasar..
kita ambil pendekatan yang mudah untuk mereka...
solat depan mereka...
bagi yang duduk dan tinggal sebilik dengan kawan-kawan, mesti rasa berat hati nak tegur kawan tu, tanya dah solat ke belum kan?
sementara dia ada di bilik tu, kita solat depan dia, maksud ustazah, solat biar dia nampak..
bukan dengan niat nak riak ye adik-adik!
tapi dengan niat nak menegur, moga teguran kita ituAllah permudahkan heee
insyaAllah... amin!
tengok adik tu, terkocoh-kocoh tak sabar nak solat!(^_^)
bagi orang-orang yang nak perbaiki lagi kehidupan mereka, amalkanlah solat-solat sunat....
insyaAllah, perasaan gembira melakukan ibadat itu akan menjiwai diri kamu..
ustazah pun bukan baik sangat, mana ustazah mampu buat, ustazah buat...
ini sebahagian yang mampu ustazah kongsikan...
usai solat, doa lagi, doa lagi, dan ucap AMIINN ;)
ini sahaja dari ustazah... salam penuh kesayangan buat adik-adik ustazah! muah! ;)
*gambar semua dari google (credit to google)
Langgan:
Catatan (Atom)