15 Oktober 2012

SANGGAR 12

salam :')

saat ini hati sangat pilu dan sedih..
Allah.. sedih sangat... :'(
malam semalam sangat sangat sangat menderitakan hati, mata dan telinga..
kenapa? 
hati terluka..
mata menyaksikan...
telinga mendengar satu persatu ungkapan kebenaran...

kemarin, saya keluar dengan si dia..
hajat nak beli barang untuk subjek mgm kami...
saya sebagai bendahari, dia sebagai pengerusi...
yang lain sibuk memasak untuk jualan.. mana barang dah habis saya dan pengerusi pergi beli...
pada mulanya, hati saya menolak tetapi melihat kesungguhan kawan-kawan memasak untuk jualan kami, tepikan hati dan perasaan, terus keluar dengan dia...
beli barang, barang dan barang....

kemudian balik...?
eh! tidak... saya sangka lepas kami beli barang, kami balik kolej..
silap! dia ajak makan malam.. mungkin dengan mereka dia belum makan, saya pun rasa kesian...
ya.. saya teman dia makan... makan.. sembang.. makan.. sembang.. makan.. sembang...

'alahai hati, aku mulai tertarik pada dia.. jangan biarkan aku jatuh hati pada dia...' :'(

lama kami duduk bersembang, sempat jugak tengok carekarama sabtu...
dari cerita pasal aconsave sampailah kisah percintaan dengan kekasih hati dia...
saya mendengar, tapi hati? saya biarkan hati terguris...
rasa menyesal pula keluar beli barang dengan dia... *lagu beribu sesalan

saya ringkaskan...
kawan call saya, kesian mereka..
tunggu kami lama sangat, sampai kelaparan... aduh, maaf kawan-kawan...
jangan salahkan saya! salahkan pudin! eh? termention haha *trying to be happy
dalam perjalanan dia hantar saya pulang ke kolej, dia ada menyatakan sesuatu..

" kalau saya belum kapel, entah dengan siapa saya kapel.... "

mungkin sekali dia cakap macam tu, saya tak faham...
kemudian, saya ulang...

"dengan siapa?"

dia tahu jawapannya, yang mana saya pun tahu jawapannya..
jawapan kami sama... sama sama...*ok! menangis!

kemudian... masing-masing senyap...
saya cekalkan hati...
mungkin itu kali terakhir kami keluar bersama...
itu jadi kenangan terindah saya.....

apa yang terindah?
- kami sempat bergaduh nak beli barang,  dia tak tahu rupa daun salad -.-'' nak gelak kuat-kuat kat pasaraya BIG tu.. nanti orang kata tak sopan pula.. so, saya cover! haha
- next kedai pun bergaduh, sebab nak beli aiskrim perisa apa je? macam budak-budak... saya biarkan dia pilih, tapi dia degil, pusing kedai cari saya semata-mata, nak aiskrim apa? 
- dia suruh ambil aiskrim yang dia beli, ada dua perisa, satu vanila, satu coklat.. mula-mula saya ambil vanila, then saya tukar... rupanya dia tak perasan, dia beli tak sama perisa.. ;p


semalam kami ada perbincangan tergempar dalam kumpulan...
saya dan kawan-kawan paksa dia datang kolej kami.. luar kolej, tapi still dalam perkarangan kolej..
biasalah.. dalam kumpulan mesti ada perbalahan sedikit...
berjaya diselesaikan... :D
so, tinggallah kami.. saya, dia dan 2 orang kawan saya...
amat sukar saya luahkan.. dan dia seperti faham apa yang saya nak sampaikan...
dari hati ke hati kamu luahkan perasaan...
disaksikan 2 orang kawan saya...
satu per satu butir dia ungkap saya akan ingat sampai bila-bila...
 dan tiba saat dia ungkap..

"sebenarnya, masa keluar (semester lepas teman beli kain) dulu, ada juga perasaan suka tu, tapi cuba kawal.." .....

Allah... saya? saya hampir menangis... mungkin dia perasan mata saya berkaca...
dalam hati saya, saya berzikir, mohon ALLAH kuatkan hati saya dengan apa yang diperkata dia...
sebelum tu, saya dah redha dengan apa yang berlaku...

selama ni kami saling berjumpa, atas sebab kawan, kerja bersama.....
perasaan suka itu hilang sudah, selepas saya ulang dari kampung... 2 minggu lepas...
then, ia kembali bila kami perlu berjumpa dan berhubungan atas sebab kerja..

kawan saya pesan..

" sebenarnya aku perasan, dia memang suka kat kau.. tapi dia terikat dengan girlfriend dia.."

ya, betul, tengok dari gaya dia, seorang yang setia...
mungkin dia dan saya patut sama-sama hilangkan perasaan ini...*bergenang air mata (T_T)
nasib baiknya, saya dan dia tak declare apa-apa...
saya pula bertuah punya kawan-kawan yang supportive... terima kasih kawan-kawan *hugs 

balik ke bilik, saya terus tinggalkan dia, rasanya tak sanggup berhadapan lagi dengan dia...
biarlah.... dia tahu saya dalam kesedihan...

hari ini, kami bertembung..
perantaranya, tuna dan aishah..
saya? mana mampu saya jelaskan, saya jelaskan pada dia..
tak mampu nak gembira macam dulu...

kami sedaya upaya pulihkan hati masing-masing.. :'(

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SEBAB KALIAN SAMA-SAMA BANTU UNTUK MENGGEMBIRAKAN SAYA >.<''

-kisah cinta tak kesampaian-
-maaf, saya mungkin menjengkelkan anda-




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan