28 November 2011

DULU LAIN SEKARANG LAIN...HIJRAH?

as salam...

rasanya dah lama tak update blog diari ni..
berhabuk dah kan....
ok2...sapu2 sikit, lap2 sikit, make up sana make up sini....
dah cantik dah...hihihi

minggu ni dapat cuti 3 hari..
cuti awal muharam jatuh hari ahad..
so, isnin dah tentu dapat cuti free kan...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
moga kita mendapat berkat dan hidayah dari-NYA

kali ni hati terusik dengan ungkapan seorang teman..
siapa? em dah tentu lah cik why...
maaf cik why, tak dapat nak balik kampung..
saya pun rindu awak sangat2 sampaikan saya jadi sebak bila awak text awak rindukan saya (T_T)

sebelum ni memang aku ada bestfrend tp kami tak rapat macam aku rapat dengan why...
why aku dah anggap macam adik aku sendiri...
semangat dia tu lah jadi pendorong aku sampai sekarang...
aku tak boleh tengok why sedih..
nanti aku lemah....betul ni! tak tipu...
rindu nak bawak why jalan2 lagi...
rindu nak share makan2 dengan why lagi...
rindu nak gelak2 dengan why lagi...
dengan adanya why, aku jadi lebih kuat..
alhamdulillah...mungkin kami senasib..

dulu bukan aku yang sekarang...
dulu aku lemah dan mudah sangat give up...
mudah sangat ikut perasaan...
sekarang ada bezanya...
lain.....siapa tahu? diri sendiri...
why, saya rindu awak sangat2...doakan saya k *tears


*tak tahu apa motif letak picture sendiri

p/s: tak sabar nak jumpa why dan luangkan masa dengan dia (T_T)

SALAM MAAL HIJRAH

27 November 2011

KEABADIAN CINTA


''saya bencikan awak sebab kata2 awak menyentuh hati saya.....
saya bencikan awak sebab awak faham hidup saya......
saya bencikan awak sebab awak buat saya jatuh cinta pada awak....''

17 November 2011

SIAPA AKU?

as salam....

hari ini nak bercerita tentang semalam...
ye, semalam..kenapa? sebab segalanya terbongkar...(*_*)
semalam, melepak dengan seorang teman selepas habes kelas...
malas nak balik kolej, then decide dengan teman itu untuk makan di cafe serumpun...
teman beli nasi + tomyam panas...memang cukup ummpphhh! masam, manis, pedas!
teman mula berbicara...
dia mula mendescribe diri aku....*cuak!serius!

-aku ni suka main2 *yup!betul!sebab aku tak suka belajar straight, nanti belajar tak best
-aku ni impress dalaman *betul!aku lebih kepada dalaman, luaran nampak biasa je
-aku ada 2 personaliti *betul! tak percaya? cubalah korang kawan dengan aku
-aku seorang yang lasak *sebab tu aku suka main hoki time sekolah menengah
-aku ni hipokrit *betul! tengoklah cara aku berpakaian
-aku ni mudah faham orang/ mudah kawan dengan orang *betul! sebab aku suka senyum kat orang heee

dia sambung bla bla bla...........

tapi dia pelik, kenapa tak ada orang faham aku?
haha betul! aku sendiri faham siapa aku....
tergamam sikit sebab dia tahu siapa diri aku sebenar....
kawan2 yang kawan dengan aku 3, 5 , 10 tahun pun aku kompem, tak siapa faham aku....
kawan2 nampak aku ni orangnya happy go lucky tapi tu semua bukan aku...
kita kena bijak sembunyikan diri kita haha

p/s: benda ni tak boley percaya, tapi orang yang ada anugerah yang special ni adalah orang yang terpilih...

11 November 2011

HATI DAN PERASAAN

as salam....

malam ni, Dewan Putra sebelah kolej pasang lagu2 nasyid kuat2...
rasa macam kat UNISZA je *rindu unisza!!! (T_T)
malam ni bukan itu topik yang nak dikupas...
tapi topic berkaitan hati dan perasaan...
saja nak layan perasaan menjelang hari jumaat malam sabtu..
nak hilangkan rasa tension buat assignments yang melambak2 menggunung untuk disiapkan..

hati mula terdetik ketika 'cinta' menyapa...
dia datang lagi...................
dengan seribu angan2 dan cita2...
kata2 manis mula diungkapkan.....
tapi sedaya upaya hati ini menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk menerima apa saja yang berlaku....
redha..itu yang penting......
tapi hati umpama gantung tak bertali...
apa statusnya sekarang?
masih berpunya atau sebaliknya?
hati tak mampu untuk menjawab tapi hati hanya mampu berdoa...

perasaan menipu...
katanya, dia adalah untuk hati..
tapi hakikatnya, perasaan tahu, dia bukan miliknya....
perasaan tahu, dia hanya ingin menyinggah di hati...
perasaan menutup pintu hati dengan bunga2 cinta....
sedangkan hakikatnya, tiada cinta antara hati dan dia....
semuanya seperti di awang2an....

ikutkan hati, dia yang terpilih...
ikutkan perasaan, dia bukan yang dipilih....
tapi manusia adalah tamak...
apa kata hati ingin diturutkan...
apa kata perasaan, ingin dilaksanakan...
cuma akal yang mampu membezakannya....

p/s: esok ada date, nak ikut? :D

7 November 2011

AIDIL ADHA

as salam....

kenapa rasa lain ni?
raya aidil fitri tak lah rasa macam ni sangat.... (T_T)
argghhh!! sedih3.....
sedih mengenangkan diri ini masih belum ada perubahan yang dilakukan untuk menjadi insan yang lebih baik di sisiNYA....
tiapkali dengar takbir, sayu hati ni...
menitis air mata, tersedu-sedu...
mengenangkan dosa-dosa yang lepas...
hati mudah tergoda dengan bisikan syaitan...
hati mudah goyah dengan kata-kata manis syaitan..
hati mudah percaya dengan tipu daya syaitan...
sehinggakan melupakan si DIA...
lalai.......angkuh...riak.......tp sampai bila?
ampunkan hambaMU yang hina ini....

Allah sungguh mengasihi hamba2NYA..
bila kita berniat untuk melakukan kebaikan, sudah diberikan kita pahalaNYA..
bila kita melakukan kebaikan, ganjaranNYA melimpah2....
bila kita berniat untuk melakukan kejahatan, tidak diberi dosa sehinggalah, perbuatan kejahatan itu dilakukan, barulah jatuhnya dosa pada diri kita....
Allah....Kau amat mengasihi hamba2MU ini...

*sebak....SALAM AIDIL ADHA


4 November 2011

RAHSIA

assalam...

ni rahsia..
janji jangan bagitahu siapa2 ok..!
saya 'terjatuh hati' pada seseorang...
sshhhhh!!!
diam2.....nanti dia tahu plak...
malu lah saya macam ni.....
dah lama tak bermesej dengan dia...
ahhhh! pedulikan semua itu...
saya selalu bukak page fb dia...
heeee~~~(^^)
dialah ciri-ciri idaman saya...heee
tapi biarlah semua rahsia ni saya je yang tahu....
sebab saya tak nak hati saya sakit lagi...macam dulu----->ok!start emo...
so, saya dan dia masing2 punya kehidupan yang perlu diteruskan...


please, jangan bagitahu siapa2 tentang hal ni k...
set dulu!
meh, paut jari kelingking awak ngan jari saya, kita ceit plak ngan ibu jari!
janji k!

p/s: terimakasih kerana sudi komen post saya...AWAK!

3 November 2011

WORDLESS THURSDAY (>.<)

assalam....

* lupakan seketika tentang asignments yang menimbun

semalam ke PKU (pusat kesihatan universiti)..
macam biasa, penyakit ELLERGIC datang balik *kau ade ke? 
bila doktor tanya allergic pada apa, aku sendiri tak tahu ellergic apa..... *doktor pun main agak2 aku allergic apa
dapat surat mc.. yeay! tak payah masuk kelas kenegaraan malaysia... *bosan sebab ala2 subjek sejarah sekolah menengah dulu2 kala (-__-)''
sedangkan diri ini bukan kaki ponteng *bukan nak riak, bagitahu je :D
selesaikan PTPTN lepas pegi PKU...
jumpa zack zuhairi!yes! terbaik.......!
siapa zack tu? ---->soh seh soh seh
nak tahu siapa zack tu, crik kat google je k...
sempat berbual,dan terfikir sejenak......errkkk, zack pun pinjam PTPTN???....

hari ini khamis...
seharian ngadap lappy, settlekan asignments yang menggunung umpama gunung ledang... 
tiap-tiap hari petang mesti hujan, jangan risau...
mana2 tempat, utara selatan timur barat..bila petang menjelma, pasti, gerenti hujan turun dengan lebat..!
satu peluang yang tak akan dilupakan iaitu main hujan!
yes! i like! my hobby k....
dah2..nak sambung buat asignments --->ye ye je kan...silap2 melepek atas katil *saat ini tengah ngantuk sangat!

p/s: heaven tidur time2 hujan ni..jooommm kita tidur!