27 Julai 2011

ALHAMDULILLAH.. SYUKRAN JAZILAN

mungkin Allah nak uji keluarga kami..
dengan rendah diri, aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan kami..
dengan adanya dugaan2 yang diberikan, kami semakin kuat dan tabah mengharungi cabaran hidup..
seringkali di bibir orang sekeliling, mengatakan kami orang senang..
alhamdulillah.. tu jer aku mampu ucap bila orang cakap macamtu.. sedangkan realitinya?
bila dikenang kembali, saat kita senang, memang ramai yang menanti tapi bila kita susah, ohh ramai yang cabut lari...menghilangkan diri.. *dah macam pantun pula (-__-)''

ya, aku anak seorang penoreh getah, aku anak seorang penyawit, aku anak seorang tukang masak..
aku makan ikan kembung hari2, tanpa jemu..
aku makan sayur kangkung tumis tanpa jemu..
aku dan adik2 yang lain diajar tentang kesusahan..
bangun pagi2, bawak bekal adakala bawak bantal, pegi ke ladang getah..
teman mak ayah menoreh..
nyamuk banyak..berbintat2 badan ni...
aku bangun pagi2, bawak kereta sorong, pakai sarung tangan untuk angkat buah2 kelapa sawit yang dah masak..
ada yang dah gugur, kutip dengan tangan walau banyak semut api..
bila kena gigit, mula rasa gatal.. (*__*)
adakala jari tertusuk duri2 buah kelapa sawit..sakit.. (T_T)
tapi orang tak tahu semua itu..
mereka hanya melihat tapi bukan mereka merasainya sendiri...

aku tak malu untuk mengakui semua itu kerana bila kita di atas, kita kena ingat suatu saat dulu kita pernah berada di bawah dan tak mustahil, kita akan berada di bawah lagi..
walau ayah sekarang kerja seorang pegawai tadbir, tapi kami tak pernah lupa suatu saat dulu kami pernah susah...........sehinggalah saat itu kembali lagi... *sebak..
sampai sekarang masih melakukan pekerjaan2 itu..
tapi kami bersyukur, sesungguhnya Allah Itu Maha Pemurah..
diberiNya kami rezeki2 yang tidak henti2.. 
alhamdulillah.. SYUKRAN YA RAB...

musim buah2an datang lagi...
ramai jiran tetangga bagi buah...
ada juga bagi telur ayam...besar2...
apa yang dapat aku pelajari, 
Allah beri hujan, rupa2nya, DIA nak bagi pelangi yang cantik (^^)

aku bercerita kisah ni bukan meminta simpati jauh sekali meminta belas kasihan ataupun menimbulkan rasa kejengkelan para pembaca, cuma sebagai renungan untuk dijadikan iktibar...
jangan rasa riak atau takabur dengan segala nikmat yang diterima, jangan rasa kedekut untuk memberi...
kita hidup di dunia ni pun saling berkongsi.. tak percaya?
udara, kita kongsi?ya!
air, kita kongsi? ya!
bumi, kita kongsi? ya!
suami, kita kongsi? ya!
segalanya kita kongsi bersama dan oleh itu........ucapkanlah 
SYUKUR, ALHAMDULILLAH walau apapun yang terjadi...

p/s : manisnya buah2an...........heeeeee






24 Julai 2011

LA TAHZAN

saat itu aku sedang mengurut mak yang tengah sakit badan..
henpon berbunyi mainkan lgu PRICE TAG~~~~
tengok panggilan dr akak saudara..

akak : 'assalamualaikum..'
aku : 'waalaikumsalam kak leha...'
akak : 'tengah buat apa?'
aku : 'tengah urut mak ni..'
akak : 'oh..urut elok2 ye.. ni akak nak bagitau, imah dah selamat bersalin, tp anaknya meninggal..'
aku : 'innalillah...akk cakaplah dengan mak..' *sebak,tu yang terus pass kat mak..

mata ni terus tertumpu pada anak buah yang sedang enak dibuai mimpi..
Ya ALLAH, moga rohnya dalam kalangan orang yang beriman..
dan dalam hati, mengucapkan syukur pada Ilahi kerana telah mengurniakan seorang anak buah yang sungguh cumil... (^_^)
arwah anak pertama..seorang anak lelaki, sempat bernafas sewaktu dilahirkn, namun Allah dah tentukan hidup mati seseorang itu, DIA lebih menyayangi bayi tersebut..
wahai anak, nantikanlah ibumu di pintu al-Jannah...
dan wahai ibu, moga engkau redha di atas pemergian anakmu dan doakanlah dirinya selalu..
ini dugaanmu kerana Allah menyayangimu wahai saudaraku..
al-fatehah....

ni syahidah time bru lpas lahir (^_^)

21 Julai 2011

KENANGAN KELMARIN

pagi ini indah...
kicauan burung, ayam berkokok, itu suasana kampung yg diidamkan..
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk meniti lg hari ini dengan penuh sabar...
tiba-tiba hati ini merasa hiba dan sebak, wallahualam.. apa sudah jadi wahai hati...
la tahzan hati...
mungkin kerana menginsafi kekhilafan lalu yang pernah menyinggah di hidup ini...
mungkin menyesali apa yang telah dilalukannya dahulu..
mungkin juga berharap agar kekhilafan itu boleh dipadam dari ingatan..
manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..
dan dari kesilapan itulah, mendewasakan kita dan mengajar kita tentang hidup..
bukan semua insan itu adalah luhur hatinya..
bukan semua insan itu ikhlas hatinya..
bukan semua insan itu jujur dalam berkata-kata..
bukan semua insan itu baik budi pekertinya..
aku hidup dalam dosa..
aku hidup dalam ketakutan..
aku hidup dalam keinsafan..
kerana dosa kelmarin, aku menangisinya sehingga ke hari ini...
manusia itu kerdil, hina di sisiNYA..

18 Julai 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI

terima kasih daun keladi kepada BIKERS JOHOR kerana sudi meluangkan masa untuk meramaikan lagi majlis atok..
kami semua sgt berbesar hati dengan kehadiran kalian.. (^_^)
moga pada masa akan datang, kalian sudi untuk berkunjung ke rumah usang ini...huk3
macam mna dorang ni boleh sampai kg? 
mari3..perkenalkan kekasih hati, sehati sejiwa...ooppppssss... jeng3

*sila perhatikan jejaka yg berada di sebelah kiri ye...yg berbaju biru...
itulah dia jejaka yg mbawa rakan2 beliau menziarah kami di kg...weeee...
beliau adalah owner kpd muto berwarna hijau.. *sila abaikan budak montel yg menaiki muto itu huk3
pd pemerhatian aku, muto2 tersebut sgt hensome...(*__*)
ditambah lg, mereka telah membuat bising dan menarik perhatian org kg kerana muto marshall (berwarna putih besar) itu telah mengeluarkan sound yg sgt kuat...*sampai pekak telinga mendengarnya.. (-__-)''
mereka2 ini baru sahaja menamatkan konvoi amal yg bermula dr YONG PENG dan berakhir di mana pun x tau tp alhamdulillah krn mereka selamat sampai...
pttlah aku mencari2 jejaka itu tidak ku temui, rupa2nya beliau telah berkonvoi...(-__-)''
renung2kan dan selamat beramal... =p
p/s: jejaka tersebut ialah pakcik aku yg masih lg mempunyai 3 kekosongan...



3 Julai 2011

KERETA ROSAK

aku nak bagi tips kt korang nk mengatasi masalah apabila berhadapan dengan kereta rosak kt highway!

1. call mekanik or plus, biasalah, kereta kena tarik ke workshop dulu kan.

2. sementara nk tunggu 'penyelamat' korang datang, apa kata korang tengok hiburan kt highway... mcm2 hiburan ada! contohnya, mamat2 hensome yg bawak muto besar or berkuasa tinggi n yg naik keta2 mewah mcm SKYLINE.. sesekali korang lambai2 lah tangan tu kan.. bukan nk tegur tp nk hilangkan lenguh tangan sebab lama sangat x pegang stereng kereta.

3. bila kereta rosak kat perhentian, apa kata korang minum2 dulu.. at least boleh hilangkan dahaga kan.
4. ada beli paper? em bacalah paper utk tambahkan ilmu korang. lg2 pasal perhimpunan 'bersih' kotor yg tengah hangat skrg ni.

5. agak2 korang dh boring tahap dewa, korang keluarkan henpon korang yg boleh nyanyi2 tu, then karoke dlm kereta sampai kereta goyang!! 

6. yg last ni mudah je! kalau korang dh x tau nak buat apa2 lg, korang pegilah kejar kenderaan2 yg lalu kt highway tu...untung2 ade lori or bas yg nk tumpangkan korang!hehehe

*selalunya ai tengok kereta rosak orang kt tepi jalan, kali ni 1st time kereta ai yg tersadai tepi jalan... (T_T) wuwuwu~~~ 

STYLE


nama dia nana..
umur dia 12tahun... tp badan mcm tu gak even dh sumbat emoulsion..
aku igtkn dia tgk tv, x perasan rupa2nya dia tgah tidur.. (-__-)
mcm2 gaya tidur dia...
ni gaya terbaru..ade style beb! dr mana dia dapat ilham pun aku x tau...pelik2!
kdg2 dia boleh ttidur time makan n makanan yg dia x sempat habeskan dia pegang sampai bangun tidur... 
n lg satu, dia boleh tidur kt mana2 je dia suka..
asalkan dia boleh tidur!haisshhh... adik sapa ni???!! malu aaiiii tau haha

*badan itu seni.... ---->baru aku faham maksud disebalik ayat tuh  (-_-)''  ishk3