30 Januari 2012

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL 26)

salam...

wah3.... kalau pasal anugerah lagu, laju je jah kau post...
pasal agama2, kau pekak telinga eh! *tapi aku dengar gak ceramah Ustaz Azhar Idrus k!hee

ok, sedia maklum, semalam AJL 26 kan?
pemenangnya?
ye..juara dimenangi oleh Hafiz (Awan Nano..Nanoo..Nanooooooooo *keep wondering why people have to repeat the NANOOOOO haha)


tempat ke-2 pula dimenangi oleh trio suara2 hebat! ye betul! Shila Amzah, Ning Baizura dan juga Jaclyn Victor ( Beribu Sesalan).. suara dorang memang best sangat.. yang mendengar meremang bulu ketiak roma!

 

tempat ke-3, Faizal Tahir (Karma).. aku tak berapa suka sangat lagu ni... huhu didnt expect that he will win (-__-) *aku expect YUNA or AIZAT huhu



seterusnya ialah persembahan terbaik, pemenangnya ialah Alyah (Kisah Hati) *serius!suka sangat lagu ni! first time dengar pun dah jatuh hati...
ditambah2 dengan kemunculan hero Malaya, REMY ISHAK! siapa jangka yang dia akan buat performance tapi semua penonton dah mengagak yang remy will be on the stage! kalau dah dalam video clip pun dia ada, tak kan dalam persembahan live tak ada pula kan? 

peminat remy terjerit2 manggil time ni...

ye, kau lagi..

dia lagi...



heee saja menepek gambar remy banyak2...

ok last sekali ialah vokal terbaik dan pemenangnya pun Hafiz! wow! kelas kau..2tahun kau pegang title tu ye

p/s: agak2 kalau ada ceramah agama, ramai tak orang pegi tengok?

29 Januari 2012

POINTER

semenjak dua menjak ni, ada je yg post pasal pointer exam...

ok, assalamualaikum! 

ye...UPM dah kuar pointer simulasi, di mana pointer itu adalah pointer semasa sebelum keluarnya pointer yang sebenar....
so, apa kaitannya?

di sini aku nak tegaskan....
tak semua orang dilahirkan genius seperti aku...
tak dinafikan, bila kau dapat pointer bagus, kau akan dapat Anugerah Dekan aka DL, orang pandang tinggi, semua nak kawan dengan kau dan bagai2 lagi..
tapi kalau kau tak mampu nak aplikasikan apa yang kau belajar dekat universiti di luar universiti tak guna jugak kau dapat semua tu, ye dak?

kadang2 aku bengang jugak, bila orang duk sibuk tanya...
'pointer kau berapa beb? pointer aku blaaa....blaa...blaa....'
padahal kawan tu lagi teruk dari kau tahu tak?
kot2 ler pointer dia lagi rendah dari kau, tak ke down budak tu?
ni pengalaman aku lah time diploma...
semester 1 semua dok kecoh tanya pointer masing2....
aku? ye, aku tak malu bagitahu aku dapt 2.75 je....(-_-)''
well, lepas jugak kan 2.5 tu...bila aku bagitahu mak aku, kena lah balun habes2...time tu buat pekak telinga je!

aku ni bukan pelajar kaki ulat bulu buku ye kawan2...
time diploma dulu, boleh dikira dengan jari berapa kali je aku jejak masuk library.......
ye, pelajar cemerlang, study kat bilik sambil dengar lagu dan main facebook.. aku ler tu..

sesetengah pelajar tak boleh straight forward ngadap buku k...
dan aku adalah salah satu pelajar tersebut... kenapa?
dah sebab aku dilahirkan macam tu, nak buat macam mana lagi?
oh ya, sekarang ni tak semua company akan ambil pekerja2 yang pointernya tinggi2 belaka...
tak percaya? kau tunggu je lah...
company2 akan ambil pekerja2 yang pandai berkomunikasi or other things yang tak melibatkan kemahiran teori2 ni....dorang lebih kepada praktical tahu?
sebab tu lah kita sebagai pelajar kena tahu macam mana nak bergaul dengan pelbagai jenis orang dan pangkatnya....

ok berbalik pasal pointer.....
sebenarnya aku berdebor dengan pointer aku....
sebab aku jawab exam merapu, kau bayangkan aku baca nota tu 10 kali belum tentu yang masuk kepala aku ni apa yang aku baca tau!
kau tahu apa paklong aku cakap?

'kau je lah harapan mak ayah kau...'

hah!tak ke haru aku nak nanggungnya?
ye, kadang2 aku rasa tertekan sebab aku satu2nya anak yang masuk universiti setakat ni lah....
aku belajar pun ada masa main2...
btw, kebanyakkan students study semata2 nak jawab exam, bukan pembelajaran sepanjang hayat! 
k, nak buat susu anak buah!

p/s: fika, lau pointer aku rendah, kau jangan bagitahu siapa2 

kau tengok! orang lain sibuk buat nota, aku? aku buat kotak!tehehe

26 Januari 2012

PENAKUT

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
 


oh ya.. sekarang ni suka sangat lagu2 YUNA...
serius..baru aku sedar lagu yg dia dia bawak ni berlainan dengan artis2 lain...
apa yang lain? entah.. tapi memang aku suka dengar....
lagi2 part 'KAU BUKAN MILIKKU'..
heee setepek kena kat dahi ni.........(>.<)''
 

19 Januari 2012

DOKTOR HAIWAN

malam tu sekadar untuk menyinggah di laman FB dan TWITTER..

duduk di kerusi ala2 seorang bos, walhal menganggur saja...

ternampak, microsoft office word terbuka....kenapa x close ni?

buka dan baca....

oh biodata si kecil bongsu dengan cita2nya...

YA, DIA MAHU MENJADI SEORANG DOKTOR HAIWAN..

dan terus berdoa MAY ALLAH BLESS U MY LITTLE SISTER! WISH U LUCK!

tatkala itu, hati sebak kerana dia mempunyai sekeping hati yang murni terhadap binatang...

orangnya pun memang begitu..

dah cumil dah tu, jangan nak muncung sangat (-__-)''

12 Januari 2012

EXAM

as salam..

sekarang ni musim exam....

so, ramai yang minta soalan spot!

ini adalah antaranya pelajar yang nak soalan spot :



ye, bagi student macam aku, keterujaan amat jelas pabila aku meroyan depan rumet aku gara2 si zack ni post kt wall aku...
yelah..zack artis, kami ni orang kampung je..huk3
kami budak 1st sem memang wajib kena amek subjek kenegaraan dan titas...
so, aku gerenti sem depan zack akan amek subjek hubungan etnik!hehehe

p/s: zack kata nak belanja aiskrim! and i said make it as promise, so he answer 'takda hal la...

p/s 2: exam malam ni, tp aku sempat plak update entry..baca buku baca buku... (-__-)

p/s: siapa tak kenal zack, anda harus kenal dia k!

10 Januari 2012

2012

As salam buat semua...



hari ni 10 hb 2012...
alhamdulillah....masih bernafas
walaupun dah 10 hari berlalu, tapi rasa tak terlambat nak wish kan..
terlalu sibuk dengan exam...
azam tahun baru ape?
tak sempat nak buat azam baru..
cuma biarlah kita jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya, ye dak?
sesekali, tanya pada seseorang yang mengenali diri kita...
describe kita seperti yang dia kenal...
perkara buruk tentang diri kita...
ya, dari situ muhasabah diri adalah penting...
kerana tanpa teguran kita tak kan pernah untuk berubah jadi yang lebih baik!
moga tahun 2012 ini adalah adalah lebih baik dari tahun sebelumnya...

p/s: tahun baru, depan buku, study! (*_*) wafaqallah untuk semua yang sedang berimtihan!