30 April 2012

SAHABAT, SODIQAH, FRIENDS

assalamualaikum...

wah..lama sungguh saya tak update diari cinta hati ni...
seminggu selepas cuti mid term, saya sibuk dengan asigments yang buat saya tak duduk tenang...
ada saja yang perlu diselesaikan...

saya rindu kawan-kawan saya...
tu yang kat segamat, kelantan, melaka, senang cerita 1 malaysia lah...
bukan kat malaysia je, yang kat ireland tu, silalah balik malaysia, tanah airmu hik3

bila berbicara tentang kawan-kawan ni, ada saja perilaku nakal mereka yang pasti menggamit perasaan saya...
haha terkekek-kekek bila terkenangkan kalian...










bukan bermakna saya tak upload gambar-gambar lain, saya lupakan mereka...
tak.. malah saya ingat kawan-kawan saya ;)
much of misses come from my heart....

maaf kepada kawan-kawan yang saya tak sempat hadiri majlis perkahwinan kalian..
komitmen saya sebagai pelajar membataskan saya untuk menghadiri majlis kalian..
rasa sebak sebab saya tak mampu ada sama di majlis bahagia kamu...
ya, saya rindu kamu, kamu, kamu yang pernah hadir dan pergi dalam hidup saya ;')

ahhh jiwang pula pagi-pagi ni...
nak sambung tido sejam...
bye ;D

2 April 2012

SI BAJU KURUNG

' pia pergi kelas memang pakai baju kurung ke? '

' yup, senang nak bergerak, lagipun dah biasa..'

' tapi pakai seluar lagi cepat jalan..'

'........err..... dah biasa....'

saya dah biasa dengan situasi macam tu...
dan saya tak terkejut pun bila orang bertanya berulang-ulang kali...
emm kenapa ye mereka suka sangat ajukan soalan mcam tu pada saya? heeee
saya pun tak tahu...
saya dibesarkan selama ni dengan pakaian baju kurung...
yelah, dari umur saya 7 tahun sampai lah dah tua bangka ni.. uhuk3...

sebilangan orang mungkin tak selesa dengan pemakaian baju kurung ke kelas..
tapi bagi saya, saya suka baju kurung sangat-sangat..
bukan nak dikatakan saya alim, tapi saya rasa saya amat selesa dengan berbaju kurung...
jarang sekali saya berseluar ke kelas melainkan kelas saya tu hanya sejam, sehari pula.. -.-''
tambahan pula, di mana saya perlu keluar dari situasi kelas...
seperti balik kampung ataupun keluar makan bersama kawan-kawan...
keadaan seperti itu memerlukan saya berseluar sebab saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan...

jangan pernah mengatakan, apabila kamu berbaju kurung, ia amat melecehkan, melambatkan pergerakan kamu ke sana ke mari...
bagi saya, kaki yang bergerak..
so, cepat lambat kamu adalah dengan ketangkasan kaki kamu bergerak, betul tak?
dan perempuan berbaju kurung itu ayu tau..hik3 *puji diri sendiri -.-''

ni zaman saya diploma *muka masih kanak-kanak lagi ;)






ni zaman saya sedang ber'ijazah' haha bahasa apa ntah saya guna 
 


 

*saja upload gambar sendiri, yang tengok blog pun bukan orang lain, tuannya juga kan hew3 ;)




SOLAT

assalamualaikum anak-anak ustazah..

sihat semua? ececeehh.. hari ni saya nak jadi ustazah..
dulu mak saya suruh saya jadi ustazah...
siap nak hantar saya pergi belajar kat Mesir...
oh mak oooiiii.... banyak duit ye..heee

dah baca tajuk entry ustazah?
hari ini kita berbicara tentang solat...
tapi bukan solat fardhu yang ustazah nak perjelaskan hari ni...
kita akan kupas tentang solat-solat sunat....*dah macam rupa tengah bercakap live pula..
mesti kawan ustazah AISHAHTUL suka sangat kan? *terimakasih aishah sudi baca blog kita! >.<''



solat sunat, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat pun tak apa..
tapi bagi ustazah, kalau tak buat rugi! huuuuu
ok, kita mulakan dengan solat sunat dhuha...
solat sunat dhuha ni bagi ustazah pembuka rezeki pagi kita...
ustazah faham, adik-adik ada kelas pagi...
tak pa... tapi bagi adik-adik yang ada kelas lewat pagi jam 9 10 11 ke atas bagi ustazah, tak ada masalah kan nak buat solat sunat dhuha ni?
eh, tak susah pun, siap pakai baju tu terus sarung pakai telekung, tu bagi perempuan, bagi lelaki pakai songkok je, tak pakai pun tak apa..
see! see! senang tak? solat sunat dhuha ni pun tak lama sangat, 5 minit je, 2 rakaat...
sekejap kan... ingat adik-adik, 5 minit bersamaan pahala Allah, tak rugi kan nak buat kan? ;)
apa? tak sempat? tak apa, buat mana yang sempat...

ok, kita teruskan pula dengan solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu..
ramai kawan-kawan ustazah ada kelas jam 2 petang..
ustazah pun sama...
tapi tak kan dalam 5 solat fardhu, tak ada pun yang sangkut untuk solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu? *haih...ayat berulang-ulang -.-'' 
mesti ada kan? kalau tak buat sebelum solat fardhu, boleh je buat selepas solat fardhu...
tak sempat buat time zohor, buat time asar, kalau tak sempat buat time asar, buat time maghrib, kalau tak buat time maghrib buat time isyak...kalau tak sempat juga, errr ustazah pun tak tahu nak kata apa hehe
konsepnya sama, 2 rakaat juga...
tapi pahala Allah adalah nikmat dan kurniaan yang melimpah-limpah bagi hambaNya yang bertaqwa..

kenapa kita perlu bersolat?
ini tips ustazah....
kita buat solat fadhu, dalam solat fardhu ada doa, bermacam-macam doa..betul tak?
kita buat lagi dan tambahkan lagi solat kita dengan solat sunat? haaa macam pula tu?
makanya, kita berdoa lagi pada Allah..
berdoa banyak-banyak kali, sebab Allah suka pada hambaNya yang meminta pertolongan pada Dia... ;)
jangan lepaskan peluang yang Allah berikan pada kita..
lagi satu, ustazah percaya, bila kita buat solat-solat sunat, hidup kita dipermudahkan...heee

dalam erti kata yang lain, kita pun boleh menegur secara halus kepada orang-orang yang jenis susah nak solat ni....maaf, ustazah tak berniat nak tegur secara kasar..
kita ambil pendekatan yang mudah untuk mereka...
solat depan mereka...
bagi yang duduk dan tinggal sebilik dengan kawan-kawan, mesti rasa berat hati nak tegur kawan tu, tanya dah solat ke belum kan?
sementara dia ada di bilik tu, kita solat depan dia, maksud ustazah, solat biar dia nampak..
bukan dengan niat nak riak ye adik-adik! 
tapi dengan niat nak menegur, moga teguran kita ituAllah permudahkan heee
insyaAllah... amin!
 

 tengok adik tu, terkocoh-kocoh tak sabar nak solat!(^_^)

bagi orang-orang yang nak perbaiki lagi kehidupan mereka, amalkanlah solat-solat sunat....
insyaAllah, perasaan gembira melakukan ibadat itu akan menjiwai diri kamu..
ustazah pun bukan baik sangat, mana ustazah mampu buat, ustazah buat...
ini sebahagian yang mampu ustazah kongsikan...

usai solat, doa lagi, doa lagi, dan ucap AMIINN ;)

ini sahaja dari ustazah... salam penuh kesayangan buat adik-adik ustazah! muah! ;)

*gambar semua dari google (credit to google)