17 November 2011

SIAPA AKU?

as salam....

hari ini nak bercerita tentang semalam...
ye, semalam..kenapa? sebab segalanya terbongkar...(*_*)
semalam, melepak dengan seorang teman selepas habes kelas...
malas nak balik kolej, then decide dengan teman itu untuk makan di cafe serumpun...
teman beli nasi + tomyam panas...memang cukup ummpphhh! masam, manis, pedas!
teman mula berbicara...
dia mula mendescribe diri aku....*cuak!serius!

-aku ni suka main2 *yup!betul!sebab aku tak suka belajar straight, nanti belajar tak best
-aku ni impress dalaman *betul!aku lebih kepada dalaman, luaran nampak biasa je
-aku ada 2 personaliti *betul! tak percaya? cubalah korang kawan dengan aku
-aku seorang yang lasak *sebab tu aku suka main hoki time sekolah menengah
-aku ni hipokrit *betul! tengoklah cara aku berpakaian
-aku ni mudah faham orang/ mudah kawan dengan orang *betul! sebab aku suka senyum kat orang heee

dia sambung bla bla bla...........

tapi dia pelik, kenapa tak ada orang faham aku?
haha betul! aku sendiri faham siapa aku....
tergamam sikit sebab dia tahu siapa diri aku sebenar....
kawan2 yang kawan dengan aku 3, 5 , 10 tahun pun aku kompem, tak siapa faham aku....
kawan2 nampak aku ni orangnya happy go lucky tapi tu semua bukan aku...
kita kena bijak sembunyikan diri kita haha

p/s: benda ni tak boley percaya, tapi orang yang ada anugerah yang special ni adalah orang yang terpilih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan