6 Disember 2012

KITA BELAJAR

(berhabuk dah blog ni).....

bismillaaaahhh...
assalamualaikum..! *nak halau syaiton ni..

nak bagi alasan apa ni?
ok, assignment banyak, plus sibuk uruskan minor bagai, baju banyak tak basuh, buku tak bersusun...
itu adalah antara sebab-sebab tak dapat nak menconteng blog yang entah wujud ke tak ni... -.-'' kesian betol!

sekarang ni lega sikit.. SIKIT je... haha
pernah rasa sakit hati bila kerja dalam kumpulan, tapi ahli tak buat kerja? ya! anda seperti saya! hehe

hurm eh krok gulp! 
kadang-kadang tu lah cabaran kerja dalam kumpulan yang ada ahli ramai! fuuuuuhhhhh...
ponat eden nak kabo ni haaa!

kalau dalam ahli kumpulan saya ada lelaki, senang saja nak uruskan, arah itu, ini tak pun suruh dia buat kerja depan saya..... kalau dia bising, mulut saya pun bising juga! heee
kalau perempuan tu, membebel tak pernah tak lekat!
tapi macam mana kalau ahli perempuan yang ramai dalam kumpulan saya pula?
yee.. ini amat membingungkan kalau nak selesaikan..
masalah..masalah *geleng-geleng kepala...

bekerja dengan lelaki berbeza dengan bekerja dengan perempuan...
lelaki ni, kalau kita marah, dia punya reaksi tu, tak buat muka... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. kadang-kadang perempuan membebel sampai sakitkan hati dia, dia diamkan je...haha
kalaulah boleh tengok hati dia, agaknya dia boleh sakit berdarah hatinya...hue hue hue

tapi bekerja dengan perempuan ni, bermain dengan emosi atau bermain dengan api....
kenapa saya kata macam tu?
pernah nampak kan macam mana kalau perempuan sakit hati, then gaduh tarik-tarik tudung, rambut bagai? huuiiiiiihhhh macam nak ribut!
tu belum mulut dia menyumpah, menyeranah  lagi! haha
penangan tak puas hati tu, boleh buat putus hubungan sampai nak grad! ish ish ish

saya pun pernah juga tak puas hati bila dalam keadaan seperti ini...
kita nak tegur tapi macam tak sampai hati.. bak kata kawan saya tak tergamak nak suruh itu ini..hak hak hak
kita lebih rela makan hati dari suruh dorang buat kerja... cis cis cissss -.-''
marah seseorang itu ada tahapnya...
benda yang sama, diulang-ulang, nak tiap-tiap kali cakap, kita pun jadi malas, meluat dan seangkatan dengannya..
jadinya, akhir sekali, saya buat muka je lah..... macam hantu rupanyaaa... (@_@)

jika anda tak buat kerja, atau anda tak sempat nak buat kerja itu, dengan bantuan kawan-kawan, bahagian anda telah disiapkan tanpa cacat celanya, tapi anda tak tahu macam mana nak cover kesalahan anda itu, marilah saya ajarkan anda ye ngeh ngeh ngeh

* sila ucap atau mesej atau tinggalkan pesanan macam ni:

'korang, aku minta maaf sebab tak buat kerja kita. salah aku sebab tak buat, tapi terima kasih ye sebab tolong aku.....'

* sila volunteerkan diri anda untuk buat kerja yang selebihnya:

'korang, ada apa-apa tak yang aku kena tolong.... aku dah la tak buat kerja, takpalah, aku tolong printkan kerja ni nanti..'

haaaaa..... nescaya muka kawan anda yang ketat tu, terus menerus jadi macam muka itik yang senyum sampai ke telinga...hehehe

apa-apa pun murahkan mulut anda dengan kata maaf dan terima kasih...
tanpa anda sedari, hati yang keras pun boleh lembut tau........ :D

terima kasih sudi membaca, maafkan saya andai anda terluka huhu

peace yyooooo! assalamualaikum (^^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan