4 Jun 2012

HE IS MY FIRST LOVE

assalam..

sekarang UPM sedang study week...
aarrggghhh! belum puas dan bersedia lagi untuk peperiksaan akhir! >.<''
perasaan sangat cuak, dan sedih...
sangat sedih!!

sejak akhir-akhir ni, saya sangat sedih..
menangisi diri sendiri, menangisi kisah percintaan saya yang dah berlalu, pastikah dah berlalu?
dan tanpa semena-mena saya sangat rindu akan terengganu!

terangganu, bila mana kaki saya menjejakkan kaki kedua kalinya ke sana , sebagai seorang perantau!
* pertama kali saya jejak terengganu, hantar pakcik saya kawin dengan orang situ ;)
pertama kali saya berdiri dengan kaki sendiri di negeri orang, seawal umur saya 18 tahun..
pertama kali juga hati dan perasaan saya diduga Yang Maha Esa berjauhan dengan insan-insan yang saya sayangi...

di terengganu, macam-macam sudah saya lalui..
kepayahan, kesusahan.. ahh sama je tu! -.-''
tapi apa yang buat saya rasa terengganu itu sangat hebat? indah? dan teristimewa?
terengganu telah menyaksikan beberapa kali kejatuhan saya, beberapa kali kebangkitan saya dan beberapa kali serta tiap masa saya bersyukur di'campak'kan belajar di situ..
hati saya sangat tabah tak terucap apabila saya di terengganu!
ahhh pengalaman di sana sangat sukar untuk dinilai dengan wang ringgit, mahupun permata berlian kalian!

pulau-pulau di sana sangat indah, sukar diungkap dengan kata-kata...
dialek yang berbeza dengan dialek di johor!
saya suka belajar dialek terengganu...
bila belajar di sana, saya tak sabar untuk keluar dari terengganu..
tetapi bila sudah belajar di UPM, rasa sangat rindu pada dia iaitu terengganu saya.. T_T

beberapa hari ini, mudah sangat airmata saya mengalir..
apakah semua ini? ya, kisah lampau saya menghantui saya  kembali!

ahh kau! pergi dari hidupku!

kalaulah saya mampu untuk berkata-kata seperti itu..-.-''

jiwa saya meronta untuk pulang ke terengganu..
bibir saya acap kali ungkap perkataan terengganu itu..
*dan air mata saya sekali lagi mengalir! ahhhh nangis saja...lepaskan perasaan sedih itu, usah ditahan-tahan!


 p/s: till we meet again my dearest first sight! ;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan