22 Februari 2012

HARI-HARI PENUH KESYUKURAN

assalamualaikum...

sejak naik semester baru ni, macam-macam hal berlaku...
sangat indah tak terungkap dengan kata-kata..
syukur padaMU ya rab...

kaki melangkah ke kelas dengan penuh semangat...
bibir pula mula tersenyum kegirangan..
ya Allah, jangan kau ragut kebahagiaan ini dari ku...

hari-hari penuh kesyukuran....

pertamanya...
alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang memberangsangkan...
cukup membuat kedua-dua mak ayah tersenyum dan gembira..
ini saja mampu aku hadiahkan untuk kalian...
terima kasih mak, ayah kerana sanggup bersusah payah untuk ngah..
 
keduanya...
terima kasih buat sahabat sejati, wahidah mohd farouk atas entry awak pada saya..
serius, terharu sangat...
awak faham kesedihan saya, dan awak tahu untuk membahagiakan saya..
terima kasih sahabat..
rindu awak sangat-sangat...
jauh di sudut hati, doa sentiasa mengiringi kamu..



ketiganya...
tahniah buat heirwan..
akhirnya, tercapai juga cita-cita beliau nak buka sebuah syarikat perniagaan..
sudi juga berkongsi kejayaan kamu dengan saya..
FOURCALIPHS SDN BHD..
(Empat Khalifah) disebalik namanya...
maafkan saya selama ni mengherdik, mencaci, menghina kamu..
khilaf saya kerana dihasuti oleh nafsu semata-mata..
walau apa-apa pun kita masih berkawan...
doa semoga kamu berjaya dalam perniagaan kamu..



keempatnya...
alhamdulillah..Allah lembutkan seorang yang pernah hadir dalam hidup ini...
hafiz, tidak pernah sedikit pun saya lupakan tentang awak...
walau ia sudah berlalu, bukan bermakna semua memori itu saya padam dalam ingatan saya...
saling memaafkan itu lebih afdhal dari terus memusuhi...
saya dah lama maafkan kamu...
kita kawan sampai bila-bila..

sedang aku menaip entry ni, hati ini sebak...
ya, tanpa aku sedar, Allah memulangkan kembali kebahagian yang aku inginkan selama ini...
aku punya keluarga, aku punya kawan-kawan dan aku punya DIA dalam meniti hidup yang penuh berliku2..
aku gembira, sehinggakan airmata kegembiraan itu menitis ke pipi...
rahmat yang Kau turunkan untukku sangat bernilai ya rab...
perlahan-lahan hati ku berbisik:

 'alhamdulillah...segalanya seperti yang ku harapkan dan segala doaku Kau makbulkan..''

hari-hari yang penuh kesyukuran ini membuatkan hidup aku lebih tenang...
tak seperti dulu...

surah al-hajj (50) : ''those who believe and work righteousness, for them is forgiveness and a sustenance most generous...'' 

p/s: sekalung takziah buat abg ipar atas pemergian ayahanda tercinta lewat petang semalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan