28 Februari 2012

MOMENTS TO REMEMBER

SEMESTER PERTAMA

' fika! tolong aku! assignment aku hilang!'

' laa macam mana boleh hilang? kau ada copy tak?'

' aku mana ada copy lagi dah.... yang tu je lah... fika, macam mana ni? penat aku buat assignment tu.. bukan sikit, banyak tau.. 17 muka surat..'

' tak apa pia, releks k... aku tolong kau...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' pia, aku ada interview, kau doakan aku k..'

' bila kau interview? kat mana? aku temankan...'

' hari jumaat, kat shah alam.. tak apa ke kau temankan? '

' alaa ok je, kita kan kawan fika.. lagipun shah alam tu jauh, aku risaukan kau..'

' ok, t kau pinjam helmet kat bella...'

' ok..'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' weh pia! aku nak ajak kau makan kat satu tempat ni.. best gila.. aku gerenti mesti kau suka..'

' kau nak bawa aku pegi mana fika? aku kalau naik moto dengan kau ok je..'

' alaa kau ikut je...'

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

' pia, kau perasan tak, tiap kali kita keluar mesti hari jumaat.... tengah hari pula tu....'

' ha'ah lah.. kalau kau tak cakap mesti aku tak perasan...'

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

' fikaaaa!!! bawa moto pelan sikit! sakit bontot aku kau langgar bonggol.. addoooiiii..'

' hahahaha.... aku tak nampak lah bonggol tu.. sorry-sorry...'

' sakit kau tahu tak! nak break bagitahu aku awal-awal... kaki aku pun sama kena break....'

' yelah-yelah...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' fika, kau tengok makwe tu.... mesti merajuk dengan pakwe dia...'

' ha'ah.... kesian pakwe dia.. makan sorang-sorang pula tu....'

' tu mesti budak lagi kan.... pakwe dia boleh dapat lagi bagus dari dia tu..'

' betul...! handsome pun handsome pia....'

' tu lah.. dia tak tahu apa tu putus cinta.. tak macam kita...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEMESTER KEDUA

' pia, aku nak berhenti belajar...'

' haha kau... saje je kan? '

' betul lah ni... aku tak main-main.. kau buka esmp jap.. aku nak kena buat online berhenti belajar.. tadi aku pergi bhep, orang tu suruh aku buat online dulu...'

' ok.........' *sob sob sob (dalam hati)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

' weh, nanti malam kita makan sama-sama pia...'

' aku ok je.. aishah pun ok... tapi petang ni kiteorang nak pergi jusco kejap.. nak beli buku macam bagai..'

'tak apa...'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

siapa fika?
fika tu antara kawan aku yang paling aku sayang dekat UPM...
pertama kali aku masuk UPM, memang aku tak teruja langsung...
aku jumpa fika dengan aishah... best! budak 2 orang ni boleh tahan gila juga...

fika pun aku anggap macam akak....
sebab dia selalu bagi nasihat dekat aku....
dan dialah orang pertama dan terakhir panggil aku dengan nama PIPIYA....
aku kadang segan juga bila dia panggil aku dalam kelas dengan nama macam tu....
tapi aku jenis tak kesah.... layankan je....
makin aku panggil dia PIPIKA....haha kan dah kena dengan aku...

fika pun aku anggap macam penasihat aku...
yelah, dah lah aku cerewet beli kasut...
bayangkan kiteorang pergi TS, round banyak kali tapi aku tak berkenan langsung kasut-kasut dekat kedai TS.. -.-''

kiteorang suka juga ride....
bila pergi tak sesat, balik sesat pula.... apa kejadah lah..iskh3

secara jujurnya, susah nak cari kawan macam fika...
bila tengok dia senyum, mesti rasa happy je...
bila aku dalam susah, insyaallah, seboleh-bolehnya dia nak tolong....

minggu lepas, ramai tanya pasal fika sebab fika tak masuk kelas lagi....
so, aku jawablah fika datang next week...
rupanya dia datang cuma nak spend time dengan kiteorang... 
dia decide nak stop belajar...
memang dia ada cakap sebelum ni, tapi aku ingatkan dia takkan buat...
ada sebab dia stop belajar...so, aku tak nak paksa dia sambung belajar...
she big enough to make a right decision...




 
for the last days, we spent time together...
bila makan sama-sama, aku cuba sorok muka sedih....
ada juga hampir nak menangis depan dia...cepat-cepat aku alih muka tempat lain...
serius, she is the best bestie in my life....

fika, we will miss you..... ;')

 


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan