27 Januari 2011

KHASIAT TOMATO..weee


aku suka mkn tomato..hihi cuke cangat!!
tomato nih byk khasiat tau..meh2!aku nk share ngan korang =)
Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?


Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
 
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah





Tomato berasal daripada keluarga terung dan ubi kentang. Ia sesuai dimakan mentah. Kebanyakan sayuran contohnya buah tomato kaya dengan vitamin A, B, C dan serat galian. Zat ini diperlukan sebagai bahan awet muda. Tomato juga kaya dengan asid semula jadi dan merupakan makanan yang paling sesuai untuk menjamin kesihatan.



SELAMAT MENJAMU BUAH TOMATO.. (^^)

1 ulasan: