3 Mac 2011

SURAT UNTUK ARJUNA


sudah enam bulan berlalu kisah itu...
tanpa aku sedari hari ini hati sekali lagi memungkiri janjinya...
hati wanita mudah terguris, mudah tersentuh, mudah juga untuk menerima kembali cinta lama..
aku akui, kau bukan yang pertama, tetapi aku berjanji kaulah yang terakhir..
namun, itu bukan janji sumpahmu...
dalam tempoh enam bulan berlalu, aku isi masaku dengan melakukan segalanya tanpa mengingatimu..
ya, aku yang menginginkan kita berpisah..
kerana aku tidak sanggup lagi berhadapan denganmu walau sekali dalam keadaan aku yang teramat kecewa terhadap sikapmu...
kau seakan-akan lupa siapa aku dalam hidupmu..
jika dihitungkan, usia percintaan kita sudah cukup 3 tahun, seusia umurku di perantauan untuk menimba ilmu sebagai seorang pelajar...
kau ku fikir masih seperti dulu..
tidak berubah dan mungkin tidak pernah sekali kau berubah..
walau banyak sekali bala menimpa dirimu, aku tetap mendoakan yang terbaik hanya untukmu dari kejauhan..

seorang teman pernah bertanya padaku..
siapa buah hati ku?
aku hanya menjawab, aku tidak mempunyai siapa-siapa...
ku kira dia sudah semestinya berjaya memiliki hati seorang gadis...
tilikan aku benar...
alhamdulillah, dia sudah berpunya dan aku masih seperti ini...
tidak mengapa...
kerana aku percaya, jodoh dan pertemuan itu Allah sudah tentukannya....
pasangannya juga seorang guru..jadi dua dua pun guru...
itulah salah satu impian ku..
menginginkan buah hati ku adalah seorang guru..

ku akui, hati ini mula diketuk oleh seseorang...
dia juga seorang guru..
mungkin sedang mencuba nasib...
dia baru saja mendapat tempat mengajar...
dan kami mula berhantaran mesej pesanan ringkas tiap waktu...
aku pula jadi kekok..
sudah lama jari ini tidak bermain di atas pentas telefon bimbit..
adakalanya, dia membuatku tersenyum sendiri dengan lawaknya...
namun bagiku, ini hanya permulaan...
jangan terlalu gelojoh mengejar cinta...
biarlah bermulanya dengan persahabatan..
mungkin selepas ini siapa tahu, ada bibit-bibit cinta antara kami...(^^)
hamka pernah berkata,
cinta tidak membuatkan seseorang itu lemah, tetapi mengajar seseorang itu kuat...
ya, aku setuju....
pada mulanya, putus cinta itu amat sakit...
tetapi dari situ kita punya kekuatan untuk melupakan si dia....

aku mula mencorakkan hidup di perantauan dengan menikmati segalanya..
indah..sungguh indah......
sehinggalah pada satu saat, kau menghubungiku kembali...
kau mula meragut hatiku yang sedang bergembira...
apa tujuanmu?
apa lagi yang kau inginkan dari aku?
apakah kau ingin memainkan perasaan ku kembali?
walau ia sekadar mesej pesanan ringkas, ia sudah cukup membuatkan hatiku gundah gulana..
kau mengingatiku kembali tentang pedihnya luka cinta yang kau ukir untukku..
jangan kau ingat aku seperti dulu...
aku yang dahulu berbeza dengan sekarang...
aku sedaya upaya menghabiskan sisa-sisa pembelajaranku tanpa kau di sisi...
hanya teman-teman tempat ku bergantung...
jangan kau kusutkan pemikiran ku dengan hal lepas..
kau adalah kau, aku adalah aku..
kau belum berubah sedangkan Allah acapkali mengingatimu...

sebolehnya aku tidak mahu membencimu...
tp kau sendiri yang memaksaku membencimu...
dalam diam, aku masih mengharap kau berubah....
dalam diam, aku berharap kau seorang yang jujur...
dalam diam, aku inginkan kau jadi yang terbaik..
jangan biarkan orang lain terseksa keranamu...
kerana DIA adalah lebih berhak untuk bahagia dari sesiapapun termasuk aku (kau faham maksudku kan arjuna)

 

 -BILA HATI MEMUNGKIRI JANJINYA-




entry kali ini berbeza kerana aku emo...so, kalian yang membaca mesti meluat kan... aku sendiri tak nak men2 emosi...
alamak, bulan MAC nih penuh emo la plak...(T__T)


1 ulasan:

  1. benar kata-kata saudari syafia itu...andai itu takdirnya ....kita harus redha...kerana aku juga yakin, pasti ada yang terbaik untukmu saudari..belajarlah mencintai orang yang senantiasa menyayangi dan menghargai diri ini...kerana bahagia pasti menyusul jua dan kebahagiaan pasti menjadi milikmu..amin:)

    BalasPadam